MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
14 Jun 2019 1:06 PM
BATU GAJAH – Pelbagai barangan kemas pusaka bernilai RM10,000 dilarikan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sebelum ia digadaikan dalam kejadian di Kampung Baru Chenderong di sini semalam.
Suspek yang tidak bersekolah itu bagaimanapun ditahan polis di sebuah rumah di Taman Puncak Jelapang pada pukul 1.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 63 tahun yang menyedari barang kemasnya itu hilang pada pukul 4.20 pagi semalam.
“Mangsa yang juga ibu saudara suspek turut mengesyaki rantai emas bernilai RM8,000 dan loket emas bernilai RM2,000 itu dicuri suspek.
“Siasatan awal mendapati barang kemas tersebut diletakkan di dalam kotak dan disimpan di dalam almari bilik tidur utama di rumahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Tambah Ahmad Adnan, kali terakhir mangsa melihat barang kemas itu seminggu yang lalu ketika suspek masih tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu.
“Bagaimanapun suspek kemudian bertindak keluar dari rumahnya tanpa pengetahuannya.
“Susulan itu polis menahan suspek di sebuah rumah di Jelapang dan hasil soal siasat dia mengaku mencuri barang kemas tersebut sebelum menggadaikannya di sebuah kedai pajak gadai di Silibin semalam,” katanya.
Katanya, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 16 jun depan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. - K! ONLINE
https://t.co/HfsCxKTJe0
Friday, 14 June 2019
Thursday, 13 June 2019
Dapat Duit Pampasan Takaful, Macam Mana Nak Uruskan?
Soalan yang saya terima 👆
Nak tanya sikit.. Insurans company ada buat bayaran untuk insuransarwah ibu saya.
RM 21136.30.
Saya ada ayah dan 2 adik perempuan.
Macamana pengiraan pembahagian. Berapa jumlah tunai untuk setiap waris.
Mohon bantu saya.
Apa maksud 2:1
Adakah maksudnya 2/3 daripada jumlah baki setelah diberi pada ayah
Dan jawapan saya
Waris faraid ibu:
Ayah: 25%,
Hanif: 37.5%,
Adik P1: 18.75%,
Adik P2: 18.75%
Kalau arwah ada tinggalkan harta tunai, setelah tolak kos pengebumian, hutang dengan Allah (fidyah, zakat, upah haji (jika belum pergi memunaikan haji)), hutang dengan manusia atau bank dan jika ada wasiat sedekah, bayar yang ini dulu.
Bakinya baru jadi hak waris faraid dan mereka boleh bahagi ikut kadar faraid tadi atau mereka boleh mufakat ikut macam mana pun. Contoh, semua anak-anak lepaskan hak dengan redha kepada ayah atau semua setuju nak bahagi sama rata. Yang penting semua waris faraid setuju.
Harta-harta lain seperti rumah, emas, mangkuk2 Correlle, kereta, lembu atau apa sahaja harta bernilai milik arwah, pun kena guna cara yang sama iaitu ikut mufakat waris-waris faraid.
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
Klik link untuk laman web MyPusaka,
Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani
Subscribe to:
Posts (Atom)