Tuesday 16 October 2018

Kisah Si Ayah & 3 Anak Perempuannya

๐ŸŒน ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง, ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง, ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง ๐ŸŒท

Seusai perjumpaan hari ini, ketika sedang duduk menanti hidangan makanan yang dipesan sampai, datang seorang lelaki bertanyakan akan kekosongan tempat duduk di meja makan. Kebetulan, saya seorang sahaja. Saya menyapa beliau & memperkenalkan diri & seorang perunding MyPusaka. Beliau membalasnya & kami mula berbual kosong. Bercerita tentang kerjanya, isu-isu semasa & ekonomi sekarang ni.

Beliau berumur 30-an, mempunyai kerjaya & ada sebuah keluarga kecil. Ketika bercerita tu, sempat juga saya bertanyakan tentang keluarganya itu. Beliau mempunyai seorang isteri & 3 orang anak perempuan. 5 tahun, 3 tahun & 9 bulan.

Saya bertanya lagi, adakah dia mempunyai ibubapa & adik beradik? Dia menjawab ada emak sahaja, 2 adik lelaki & 1 adik perempuan. Semuanya telah bekerja. Ayahnya telah meninggal dunia pada 2006. Saya menyampuk, 'Dah uruskan pusaka arwah ayah ke?'. Dia kata dah selesai. Alhamdulillah. 

Saya berkata lagi, 'Abang tahu kan, jika masih belum ada anak lelaki, waris faraid abang akan termasuk adik beradik abang? Dia jawab tahu, tapi tak tahu berapa pecahannya. Saya menawarkan diri untuk membuat pecahan faraid beliau. Saya berkongsi carta waris beliau ni. Beliau terkejut kerana pecahannya sungguh banyak!. Walhal katanya dia tiada harta yang banyak. Cuma ada sebuah rumah, sebuah kereta, sebuah motorsikal & akaun bank.
Carta faraid

Beliau mula menunjukan muka yang runsing. Kebetulan pada masa ni, makanan yang dipesan tadi telah sampai. Saya mengalukan agar dia makan dahulu & bersambung cerita selepas makan. Dia makan dengan penuh menikmati makanan tu.

Seusai makan, saya memberikan kad nama saya kepadanya. Beliau memneliti kad nama tersebut & terus bertanyakan tentang hibah. Beliau tahu akan hibah takaful & tidak pasti kaedah hibah yang saya buat ni. Saya berkongsi sedikit pengetahuan dengan beliau & beliau faham.

Seusai itu, si ayah ni memohon untuk berjumpa di lain masa kerana masa rehat hampir tamat. InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk perkongsian ilmu mengurus harta ni.

Semoga saya dapat membantu beliau & keluarganya.


Perlukan tele-kaunseling, boleh terus daftar di link ni --> https://bit.ly/2RPBGkr  Ianya PERCUMA!!!

Atau terus berhubung dengan perunding --> https://api.whatsapp.com/send?phone=60163163292


Mohd Ezani
Perunding
.
#annusar #mypusaka #mypusakainfo #danapantas #rancangharta #uruspusaka #byezani

No comments:

Post a Comment