Monday, 2 March 2020

APAKAH PERBEZAAN ANTARA WISOYAH, WASIAT, DAN PESANAN?

1. Selalunya orang melayu kita, semua benda disebut wasiat. Walhal, dalam kandungan sesuatu wasiat, jika diteliti, ada tiga (3) elemen yang berlainan iaitu wisoyah, wasiat, dan pesanan.
2. Ketiga-tiga elemen ini membawa kesan yang berlainan dari segi undang-undang.
3. Wisoyah adalah perlantikan wasi iaitu pentadbir bagi harta pewasiat selepas pewasiat meninggal dunia. Wisoyah juga merujuk kepada perlantikan pemegang amanah bagi harta waris bawah umur pewasiat.
4. Apabila pewasiat sudah membuat wisoyah, waris-waris tiada hak untuk menentukan pentadbir & pemegang amanah bagi harta si mati. Waris-waris perlu akur dengan klausa wisoyah dalam sesuatu wasiat.
5. Wasiat pula merujuk kepada pembahagian harta pewasiat. Syaratnya, tidak boleh kepada waris dan tidak boleh melebihi jumlah 1/3 dari keseluruhan harta pewasiat.
6. Selalunya wasiat ini kepada anak angkat, kepada badan-badan kebajikan, masjid, dan sebagainya sebagai amal jariah pewasiat selepas kematiannya.
7. Wasiat ini wajib diikuti oleh waris. Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut wasiat, selepas pembayaran hutang, dan sebelum dibahagi kepada waris.
8. Wasiat kepada waris hanya sah selepas diizinkan oleh waris faraid yang lain. Wasiat kpd waris bagi jumlah kurang 1/3 tidak perlu izin dari waris yang lain bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan kerana ketiga-tiga negeri ini ada peruntukan khusus tentang hal ini dalam enakmen wasiat negeri masing-masing.
9. Sementara itu, pesanan pula adalah selain daripada wisoyah dan wasiat seperti yang diterangkan di atas.
10. Contoh pesanan yang ada dalam sesuatu wasiat selalunya ialah pesanan tentang mengeratkan hubungan silaturrahim, memperkukuhkan taqwa, dan sebagainya. Ini adalah pesanan yang baik, boleh menginsafkan waris.
11. Ada juga kadang-kadang diselitkan pesanan yang lain seperti diminta anaknya yang itu berkahwin dengan si pulan sebagai membalas jasa dan seumpamanya. Ini banyak dalam drama dan novel. Ini adalah pesanan yang tiada kesan perundangan. Pesanan ini tidak mengikat pihak-pihak yang disebutkan. Hakikatnya ia bukanlah wasiat, tetapi cuma pesanan.
Wallahu a’lam.

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, 
Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Ahmad Termizi

Friday, 21 February 2020

Rosaknya Bawang Bukan Kerana Ditimpa Panas & Hujan


Rosaknya bawang itu bukan kerana ditimpa panas dan hujan, tetapi rosaknya bawang itu dek tertimpa jambaknya sendiri.
Rosaknya manusia bukan kerana bodoh akan dirinya, kerana yang bodoh itu sedia maklum akan kebodohannya.

Tetapi rosaknya manusia kerana hanyut didalam ilmunya, apabila berbicara tiada disertai dengan akhlaknya.
Faraid itu bukan pemutus kasih sayang tetapi faraid itu adalah pengikat silaturahim, mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat.
Rosaknya hubungan silaturahim antara saudara bukannya kerana harta dan bukannya kerana faraid.
Rosaknya silaturahim kerana rosaknya dibina pemilik harta itu sendiri, semasa hayat dia telah membina kerosakan perhubungan silaturahim dengan gagal merancang perancangan pengagihan hartanya setelah ketiadaan dirinya.
#RANCANGLAH HARI INI JANGAN TUNGGU ESOK
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Shahrul Aman

E-wallet: Harta yang tidak nampak


Zaman sekarang, makin banyak muncul e-wallet. Tidak dinafikan, ia untuk memudahkan urusan dunia hari ini.
E-wallet adalah harta alih yang sepatutnya boleh disenaraikan sebagai aset pusaka selepas pemiliknya meninggal dunia. Tetapi kalau tinggalkan e-wallet tanpa id & password, waris & pentadbir pun tak boleh nak buat apa.
Bernasib baik jika ada syarikat yg boleh mengiktiraf surat kuasa mentadbir. Kalau surat kuasa mentadbir tak diiktiraf, id & password gagal dikesan, maka nilai e-wallet dikira nilai hangus yg hanya menguntungkan syarikat pembuatnya.
Satu mekanisme pengurusan pusaka e-wallet perlu diperkenalkan bagi panduan masyarakat.
Berapa sen aje duit dlm e-wallet. Ringgit & sen adalah subjektif. Yg penting, jangan biarkan syarikat yg buat e-wallet ni kaut untung dgn kumpul duit walhal duit tu belum digunakan lagi. Perlu ada mekanisme wang dipulangkan kepada waris yg layak sebab itu mmg hak waris.
Wallahu a’lam.

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, 
Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Ahmad Termizi
Sumber gambar: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhANUoYHtJmZwoUHDkJv_d5tAQVYQtL0oxrjTTo41ThXiKyV3owba459Z4M-bQLNYH8CleUSwU9FKRkqMcb-smE6kCFIXU3_FnV4uuOHd8SSSt0NsIzTiNRKqC63Brqw9QrFEhiufndGECU/s1600/ewallet_logo1.PNG