Monday, 2 March 2020

APAKAH PERBEZAAN ANTARA WISOYAH, WASIAT, DAN PESANAN?

1. Selalunya orang melayu kita, semua benda disebut wasiat. Walhal, dalam kandungan sesuatu wasiat, jika diteliti, ada tiga (3) elemen yang berlainan iaitu wisoyah, wasiat, dan pesanan.
2. Ketiga-tiga elemen ini membawa kesan yang berlainan dari segi undang-undang.
3. Wisoyah adalah perlantikan wasi iaitu pentadbir bagi harta pewasiat selepas pewasiat meninggal dunia. Wisoyah juga merujuk kepada perlantikan pemegang amanah bagi harta waris bawah umur pewasiat.
4. Apabila pewasiat sudah membuat wisoyah, waris-waris tiada hak untuk menentukan pentadbir & pemegang amanah bagi harta si mati. Waris-waris perlu akur dengan klausa wisoyah dalam sesuatu wasiat.
5. Wasiat pula merujuk kepada pembahagian harta pewasiat. Syaratnya, tidak boleh kepada waris dan tidak boleh melebihi jumlah 1/3 dari keseluruhan harta pewasiat.
6. Selalunya wasiat ini kepada anak angkat, kepada badan-badan kebajikan, masjid, dan sebagainya sebagai amal jariah pewasiat selepas kematiannya.
7. Wasiat ini wajib diikuti oleh waris. Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut wasiat, selepas pembayaran hutang, dan sebelum dibahagi kepada waris.
8. Wasiat kepada waris hanya sah selepas diizinkan oleh waris faraid yang lain. Wasiat kpd waris bagi jumlah kurang 1/3 tidak perlu izin dari waris yang lain bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan kerana ketiga-tiga negeri ini ada peruntukan khusus tentang hal ini dalam enakmen wasiat negeri masing-masing.
9. Sementara itu, pesanan pula adalah selain daripada wisoyah dan wasiat seperti yang diterangkan di atas.
10. Contoh pesanan yang ada dalam sesuatu wasiat selalunya ialah pesanan tentang mengeratkan hubungan silaturrahim, memperkukuhkan taqwa, dan sebagainya. Ini adalah pesanan yang baik, boleh menginsafkan waris.
11. Ada juga kadang-kadang diselitkan pesanan yang lain seperti diminta anaknya yang itu berkahwin dengan si pulan sebagai membalas jasa dan seumpamanya. Ini banyak dalam drama dan novel. Ini adalah pesanan yang tiada kesan perundangan. Pesanan ini tidak mengikat pihak-pihak yang disebutkan. Hakikatnya ia bukanlah wasiat, tetapi cuma pesanan.
Wallahu a’lam.

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, 
Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Ahmad Termizi

No comments:

Post a Comment