Thursday, 29 November 2018

Tahniah Kepada Penerima Keputusan UPSR



Assalamualaikum semua,

Hari ini adalah hari menerima keputusan peperiksaan UPSR.

Seandainya ada diantara kalian yang mempunyai anak yang telah menduduki peperiksaan UPSR, seringlah menatap wajahnya dgn penuh kasih sayang. Buanglah segala rasa marah dan kecil hati kamu padanya.

Berkatalah dengan ucapan yang baik2. Moga2 hatinya tenang.

Jangan biasa berjanji dengan ganjaran. Biarlah mereka berjaya kerana keinginan dan kesedaran mereka sendiri.

Jika ada anak2 yang lemah dalam akademik, berilah semangat padanya.

Bisikkan kepadanya bahawa kita sudah berusaha, Allah berhak untuk beri dan untuk tidak memberi.

Jangan beri tekanan pada anak2 untuk capai keputusan cemerlang.

UPSR bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan masa depan tetapi pemangkin untuk terus berusaha dalam menuntut ilmu.

Berdoalah, bersujud syukur dan bacalah yasin sebagai tanda kita benar2 bersyukur.

Berdoalah agar anak2 berjaya di dunia dan akhirat

Berdoalah agar anak2 menjadi anak2 yang soleh

Diucapkan TAHNIAH kepada anak2 kita, ibubapa, guru-guru & semua yang terlibat.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
.
Klik link untuk laman web MyPusaka. https://mypusaka.info/mohd-ezani-saini/


#annusar
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Tuesday, 30 October 2018

MyPusaka.info bersiaran di BernamaTV.

MyPusaka - Pembahagian Harta Pusaka di BNC

Kali ini, MyPusaka.info membincangkan akan pentingnya membuat perancangan harta & urus pusaka.

Seperti mana yang kita tahu, RM80billion harta umat Islam masih belum dituntut. Ini kerana kurangnya pengetahuan tentang bagaimana nak urus harta pusaka agar ianya boleh dimanfaatkan kepada yang berhak.

Pengasas & Penasihat Kanan MyPusaka, En. Kamarul Azman Mustapha serta perunding bersiaran di Bernama TV, berkongsi cara untuk merancang harta dan mengurus pusaka. Ikuti bualbicara mereka di link Bernama News Channel ini. Drag sehingga ke minit 34.

Kamarul Azman Mustapha

Pengasas & Penasihat Kanan MyPusaka serta perunding


Siaran juga boleh diikuti di: 
  • Astro CH502, 
  • HyppTV 410, 
  • MYTV 121, 
  • online webtv.bernama.com dan 
  • FB live streaming "Bernama News Channel"

Nama Tetamu: Tuan Kamarul Azman Mustapha Kamal dan Puan Salina Saiban
Segmen: Nine 11
Durasi Segmen: 12minit
Tarikh: 30/10/2018 (hari ini)
Call time: 8:30pg
Live interview: 9:30pg
Lokasi: Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, 28 Jalan 1/65A, off Jalan Tun Razak, 50700 Kuala Lumpur.



Segmen Nine11


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
.
Klik untuk ke laman web MyPusaka https://bit.ly/2sM3xqL

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Tuesday, 16 October 2018

Kisah Si Ayah & 3 Anak Perempuannya

🌹 👨‍👩‍👧‍👧, 👨‍👩‍👧‍👧, 👨‍👩‍👧‍👧 🌷

Seusai perjumpaan hari ini, ketika sedang duduk menanti hidangan makanan yang dipesan sampai, datang seorang lelaki bertanyakan akan kekosongan tempat duduk di meja makan. Kebetulan, saya seorang sahaja. Saya menyapa beliau & memperkenalkan diri & seorang perunding MyPusaka. Beliau membalasnya & kami mula berbual kosong. Bercerita tentang kerjanya, isu-isu semasa & ekonomi sekarang ni.

Beliau berumur 30-an, mempunyai kerjaya & ada sebuah keluarga kecil. Ketika bercerita tu, sempat juga saya bertanyakan tentang keluarganya itu. Beliau mempunyai seorang isteri & 3 orang anak perempuan. 5 tahun, 3 tahun & 9 bulan.

Saya bertanya lagi, adakah dia mempunyai ibubapa & adik beradik? Dia menjawab ada emak sahaja, 2 adik lelaki & 1 adik perempuan. Semuanya telah bekerja. Ayahnya telah meninggal dunia pada 2006. Saya menyampuk, 'Dah uruskan pusaka arwah ayah ke?'. Dia kata dah selesai. Alhamdulillah. 

Saya berkata lagi, 'Abang tahu kan, jika masih belum ada anak lelaki, waris faraid abang akan termasuk adik beradik abang? Dia jawab tahu, tapi tak tahu berapa pecahannya. Saya menawarkan diri untuk membuat pecahan faraid beliau. Saya berkongsi carta waris beliau ni. Beliau terkejut kerana pecahannya sungguh banyak!. Walhal katanya dia tiada harta yang banyak. Cuma ada sebuah rumah, sebuah kereta, sebuah motorsikal & akaun bank.
Carta faraid

Beliau mula menunjukan muka yang runsing. Kebetulan pada masa ni, makanan yang dipesan tadi telah sampai. Saya mengalukan agar dia makan dahulu & bersambung cerita selepas makan. Dia makan dengan penuh menikmati makanan tu.

Seusai makan, saya memberikan kad nama saya kepadanya. Beliau memneliti kad nama tersebut & terus bertanyakan tentang hibah. Beliau tahu akan hibah takaful & tidak pasti kaedah hibah yang saya buat ni. Saya berkongsi sedikit pengetahuan dengan beliau & beliau faham.

Seusai itu, si ayah ni memohon untuk berjumpa di lain masa kerana masa rehat hampir tamat. InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk perkongsian ilmu mengurus harta ni.

Semoga saya dapat membantu beliau & keluarganya.


Perlukan tele-kaunseling, boleh terus daftar di link ni --> https://bit.ly/2RPBGkr  Ianya PERCUMA!!!

Atau terus berhubung dengan perunding --> https://api.whatsapp.com/send?phone=60163163292


Mohd Ezani
Perunding
.
#annusar #mypusaka #mypusakainfo #danapantas #rancangharta #uruspusaka #byezani

Monday, 15 October 2018

MyPusaka Mula Beroperasi Di Axiata Tower, Kuala Lumpur



PUSAKA 
Ada lebih 10 juta umat Islam dewasa yang ada keluarga dan harta perlu dibantu.
Ada RM80 billion harta orang mati perlu dicairkan.
Ada 1 juta geran tanah atas nama orang mati perlu diuruskan.
Kami perlukan lebih ramai perunding pusaka.
Sudah ada lebih 500 Perunding MyPusaka terlatih di seluruh negara.
Ada yang full-time, ada yang part-time, ada yang hanya untuk solusi diri sendiri dan keluarga terdekat.
Kerjaya disokong oleh:-
📌12 cawangan operasi.
📌khidmat telekaunseling PERCUMA.
📌khidmat taklimat fahami pusaka PERCUMA.
📌latihan lengkap.
📌website peribadi untuk semua perunding.
📌sokongan pemasaran dan pentadbiran yang padu.
📌solusi yang lengkap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
📌skim pendapatan yg menarik untuk perunding.
Untuk maklumat lanjut, dijemput hadir ke mana-mana event kami.
Berminat untuk memperolehi sijil sebagai perunding pusaka?





.
🔥🔥🔥
.
Sesi Preview HiNet Elite Advisors Team (HEAT) di pejabat MyPusaka @ Axiata Tower.
.
.
#annusar #HEAT #mypusaka #mypusakainfo #danapantas #rancangharta #uruspusaka #byezani


Kenali MyPusaka


Assalamualaikum

Sedikit pengenalan.

MyPusaka adalah sebuah firma khidmat runding rancang harta dan urus pusaka.

Kini mempunyai 12 cawangan dan lebih dari 500 perunding di seluruh negara.

Antara skop khidmat kami:
1. kaunseling pusaka kepada waris
2. analisa faraid
3. bantuan urus pusaka arwah
4. wasiat dan hibah
5. ikatan amanah dan trustee
6. pecah geran dan pecah lot
7. perancangan legasi

Boleh hubungi mana-mana perunding MyPusaka untuk telekaunseling PERCUMA.

Atau daftar di sini
https://bit.ly/2RPBGkr

Atau layari website MyPusaka

Terima kasih,

Mohd Ezani
Perunding

Monday, 20 August 2018

RM80B - Tiada Siapa Yang Peduli!!!

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Assalamualaikum Tuan Puan,

Sedikit perkongsian untuk manafat bersama.
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Ketika ini ada lebih RM 80 billion harta orang mati terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih lagi ada nama orang mati.

Kenapa perkara ini berlaku?

😭 Sebab waris lambat urus,
😭 Sebab waris tak tahu urus,
😭 Sebab waris tak mampu urus,
😭 Sebab waris tak capai mufakat kaedah pembahagian.

Bagaimana cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada harta dan keluarga anda, sekiranya anda meninggal dunia?

buat perancangan pewarisan yang teratur.

lantik 2 orang wasi untuk memulakan proses secepat mungkin jika anda meninggal dunia. Tugas mereka adalah dapatkan khidmat orang yang mahir.

sediakan dokumen pewarisan secara bertulis, bertarikh dan bersaksi (wasiat, hibah, surat ikatan amanah dll) supaya hasrat anda jelas.

sediakan wang tunai yang cukup dalam bentuk tunai pantas (akaun berpenama atau takaful) supaya waris ada tunai untuk membayar hutang,  sara hidup dan kos urus pusaka.

✅ Jika ada niat untuk saham akhirat, boleh buat wasiat sedekah atau wakaf.

MyPusaka menyediakan khidmat nasihat perancangan harta dan pusaka secara menyeluruh. Telah ramai yang kami bantu.

MyPusaka mempunyai lebih 400 perunding dan 10 pusat operasi di seluruh negara.

LANGKAH PERTAMA: DAPATKAN KHIDMAT TELE KAUNSELING PERCUMA!!!

BERMINAT? 

BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT & SOLUSI.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta

#uruspusaka

Wednesday, 8 August 2018

Langkah Lengkap Untuk Asas Perancangan Perwarisan Harta

Assalamualaikum...
Hari ini kita ulangkaji langkah-langkah yang lengkap untuk asas perancangan perwarisan harta. Semua wajib tahu dan buat ye.

Berikut adalah langkah-langkah tersebut.

1. Kefahaman faraid,
2. Rancang hasrat pembahagian,
3. Melantik wasi untuk memulakan proses urus pusaka,
4. Penyediaan dokumen bertulis, bertarikh dan bersaksi,
5. Dana pantas yang boleh digunakan waris tanpa mendapat SURAT KUASA MENTADBIR.






"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Siapa Yang Perlu Merancang Harta?

Antara mereka yang perlu melakukan perancangan pusaka:
1. Ada rumah atas nama bersama,
2. Dikurniakan anak perempuan sahaja,

3. Ada anak angkat,

4. Suami isteri yg tidak dikurnia anak,
5. Individu berpoligami,
6. Mereka yang masih ada ibu dan ayah,
7. Mereka yang belum berkahwin,
8. Ada anak lelaki dan perempuan,
9. Ada anak OKU
10. Berkahwin semula,
11. Ingin menunaikan haji dan umrah,
12. Ahli Perniagaan.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Anda termasuk di dalam senarai di atas & mahukan memulakan perancangan harta, Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292


#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Faraid Bukan Sekadar Matematik Pengiraan

Sebenarnya, besar ROH faraid ni.

Perlu faham supaya ia dapat digunakan untuk kebaikkan masyarakat Islam.

Sabda Rasullulah SAW:


Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka. (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.)

Dalil.

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa : 11)



Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (An-Nisa :12)



ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176) 

Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa : 176)


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Wednesday, 1 August 2018

Isteri kena tahu, isteri tidak ada hak ke atas KWSP suami jika suami meninggal dunia

Macam-macam pandangan netizen tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju.
Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.
Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara.
Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak. Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri.
Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami meninggal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa… kalau masih sama-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.
Maksud Penama Dalam KWSP
Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri. 
Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam KWSP tu? (Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita).
Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.
Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%
Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa? Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP.
Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid. Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.
Ambil Tahu Apa Itu Penama
Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? 
Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). 
Pastu jika si mati berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid. Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!
Bukan gila harta…
Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan. Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.
Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke Hibah Takaful mahupun pihak yang arif tentang hibah sebagai contoh di MyPusaka.info.
Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.
Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.
Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.
Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang…darah daging sendiri pun tak heran dah. Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.
Fikir-fikirkanlah akhirat sama…
Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.
Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.
Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si mati dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.
Sumber: infomaya.com
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Thursday, 26 July 2018

Roh tergantung jika tak lunas hutang



Setiap manusia perlu bimbang walaupun pada zahirnya dia sudah cukup melakukan amal kebaikan, namun masih terdapat perkara yang akan menghalang rohnya ditempatkan bersama orang soleh ketika meninggal dunia kelak.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.
Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.

Seandainya tidak mampu membayar sekali gus hutang itu, bayarlah sedikit demi sedikit. Itu antara adab orang yang berhutang.

Bagi pemberi hutang pula, jangan pula terlalu menekan dan berasa gembira kerana memikirkan dia ada peluang lebih besar untuk masuk syurga kerana hutang yang gagal dilunaskan itu.

Mereka juga tertakluk kepada adabnya iaitu cuba meminta separuh daripada jumlah hutang itu terlebih dahulu. Sekiranya penghutang itu masih gagal berbuat demikian, berilah penangguhan dan masa kepadanya.

Bagaimanapun, sekiranya dia tetap tidak mampu menjelaskan hutang itu, Nabi SAW ada menyarankan supaya melupakan atau menghalalkan separuh daripada jumlah itu.

Kemudian, beri tempoh kepada penghutang itu menjelaskan separuh lagi hutangnya dan jika dia masih tidak mampu, minta kepadanya sepertiga daripada jumlah hutangnya.

Jika itu pun gagal dilunaskan, maka si pemberi hutang disarankan untuk melepaskan hutangnya itu. Tindakan itu sudah mencapai tingkatan terakhir dan jelas terbukti si pemberi hutang itu beramal dengan adab bersama orang yang berhutang.

Namun, kita diingatkan supaya tidak menyumpah dengan kata-kata seperti: “Aku tetap tak halal sampai mati dunia dan akhirat.”

Sumpah seumpama itu boleh menyebabkan roh orang yang berhutang tergantung sehingga hari akhirat dan ia adalah satu tanggungan yang amat berat.

Jelas kepada kita, bagi orang yang berhutang perlu sentiasa berusaha untuk melangsaikan hutangnya. Bagi orang yang sudah meninggal dunia, warisnya yang akan menanggung hutang itu.

Sudah menjadi amalan masyarakat Islam, selepas solat jenazah waris akan mengumumkan kepada jemaah sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa supaya bertemu dengan warisnya untuk menjelaskan sebarang hutang yang pernah dibuat ketika hayatnya.

Perkara itu sangat baik diamalkan. Itu antara adab dan akhlak sebelum jenazah dikebumikan. Dalam Islam juga, setiap hutang sunat dicatatkan iaitu dengan siapa berhutang, berapa jumlahnya dan apa bentuk barang yang dihutangkan itu.
Ia bagi memudahkan waris melangsaikan hutang apabila seseorang meningga dunia. Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, ‘Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?’

“Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit?

“Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Thabrani)

Sumber: Harian Metro

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh peguam. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

ISTERI BUKAN MATA DUITAN?



ISTERI BUKAN MATA DUITAN? 

Isteri kita malu nak buka mulut untuk tujuan ini.

1. "Abang, siapa penama dalam KWSP dan Tabung Haji abang? "

Maka sebagai suami yang baik, letakkanlah nama mereka.
Mereka hanya pemegang amanah dan duit itu akan dibahagikan secara faraid juga. Mereka tak makan punya.

2. "Abang, buatlah hibah takaful buat saya dan anak anak? "

Mereka bukan mata duitan, mereka takut bencana kewangan menimpa setelah kita tinggalkan. Duit itulah nak bayar tuntutan faraid jika ada, hutang kita, baju sekolah anak, susu anak sedangkan kita tenang dalam kubur dia terseksa di dunia.

Jangan tuduh isteri mata duitan jika mereka bertanya soal duit, penama, hibah ASB dan hutang kita.

Jadilah lelaki seksi yang melindungi keluarga sendiri. 

Untuk mengelakkan masalah 'isteri mata duitan', maka buatlah pesanan bertulis dan telah disahkan oleh peguam. 

Nak tahu kat mana nak buat pesanan bertulis dan disahkan oleh peguam, boleh tekan link ni ---> https://bit.ly/2sM3xqL. InsyaAllah kami mempunyai solusi terbaik untuk anda.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Wednesday, 25 July 2018

Rumah Tergadai Kerana Tidak Sempat Merancang Hibah




BILA SUAMI MENINGGAL DUNIA, ISTERI DAN ANAK KENA KELUAR DARI RUMAH?

Isteri ini baru kehilangan suami tercinta. Dia dulu pernah bekerja, demi menjaga dua anak gadis tercinta dia lepaskan jawatan jururawat demi keluarga.

Dia pernah menyumbang RM25k untuk membeli rumah impian keluarga kerana suaminya tentera tidak mampu biaya.

Hari ini keluarga arwah suaminya menuntut secara faraid kediaman itu sedangkan mereka tahu dia telah tidak bekerja.


Cadangan saya:

1. Buat tuntutan harta sepencarian. Dulu kediaman dibeli dengan harga RM200k. Kini nilainya dah jadi RM400k.

2. Dia boleh menuntut 50% dari nilai semasa sebagai harta sepencarian. Sediakan bukti juga segala wang yang dia sumbangkan RM25k sebelum ini.

3. Isteri akan dapat 1/8 dari baki, ibu ayah arwah suami akan dapat 1/6 dan anak anak gadis yang tersayang dapat 1 bahagian. Selebihnya akan pergi ke waris yang berhak menuntut.

4. Suami tercinta, sebelum bencana ini berlaku pada keluarga kita. Ambilah hibah takaful yang boleh gantikan pendapatan suami .

Pampasan daripada agensi takaful akan bayar dalam tempoh 30 hari selepas kematian (mengikut polisi syarikat & kontrak sijil takaful). 

Caruman takaful minimum adalah serendah RM100 sebulan bergantung kemampuan kita.

5. Buatlah perancangan harta di MyPusaka.info dengan kos bayaran yang munasabah untuk keluarga kita.

6. Atau jual bahagian sepencarian yang bernilai RM200k tersebut, dapat duit beli rumah kecil bernilai RM100k. Gunakan baki RM100k untuk mulakan hidup baru.

Jangan tinggalkan bencana kewangan buat anak isteri kita wahai suami kacak bergaya.

Santuni mereka bila kita tiada dengan baik. Sekadar pandangan saya.

Sumber: FB Azizul Azli Ahmad
p/s: coretan ini telah diubahsuai sedikit untuk memperbetulkan fakta.



"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"


Klik link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL

#annusar 
#mypusaka
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka