BILA SUAMI MENINGGAL DUNIA, ISTERI DAN ANAK KENA KELUAR DARI RUMAH?
Isteri ini
baru kehilangan suami tercinta. Dia dulu pernah bekerja, demi menjaga dua anak
gadis tercinta dia lepaskan jawatan jururawat demi keluarga.
Dia pernah
menyumbang RM25k untuk membeli rumah impian keluarga kerana suaminya tentera
tidak mampu biaya.
Hari ini
keluarga arwah suaminya menuntut secara faraid kediaman itu sedangkan mereka
tahu dia telah tidak bekerja.
Cadangan
saya:
1. Buat
tuntutan harta sepencarian. Dulu kediaman dibeli dengan harga RM200k. Kini nilainya dah jadi
RM400k.
2. Dia
boleh menuntut 50% dari nilai semasa sebagai harta sepencarian. Sediakan bukti
juga segala wang yang dia sumbangkan RM25k sebelum ini.
3. Isteri
akan dapat 1/8 dari baki, ibu ayah arwah suami akan dapat 1/6 dan anak anak
gadis yang tersayang dapat 1 bahagian. Selebihnya akan pergi ke waris yang
berhak menuntut.
4. Suami
tercinta, sebelum bencana ini berlaku pada keluarga kita. Ambilah hibah takaful
yang boleh gantikan pendapatan suami .
Pampasan daripada agensi takaful akan bayar dalam tempoh 30 hari selepas kematian (mengikut polisi syarikat & kontrak sijil takaful).
Caruman takaful minimum adalah serendah RM100 sebulan bergantung kemampuan kita.
5. Buatlah
perancangan harta di MyPusaka.info dengan kos bayaran yang munasabah untuk
keluarga kita.
6. Atau
jual bahagian sepencarian yang bernilai RM200k tersebut, dapat duit beli rumah
kecil bernilai RM100k. Gunakan baki RM100k untuk mulakan hidup baru.
Jangan
tinggalkan bencana kewangan buat anak isteri kita wahai suami kacak bergaya.
Santuni
mereka bila kita tiada dengan baik. Sekadar pandangan saya.
Sumber: FB Azizul
Azli Ahmad
p/s:
coretan ini telah diubahsuai sedikit untuk memperbetulkan fakta.
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
#annusar
#mypusaka
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
No comments:
Post a Comment