Thursday 26 July 2018

Roh tergantung jika tak lunas hutang



Setiap manusia perlu bimbang walaupun pada zahirnya dia sudah cukup melakukan amal kebaikan, namun masih terdapat perkara yang akan menghalang rohnya ditempatkan bersama orang soleh ketika meninggal dunia kelak.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.
Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.

Seandainya tidak mampu membayar sekali gus hutang itu, bayarlah sedikit demi sedikit. Itu antara adab orang yang berhutang.

Bagi pemberi hutang pula, jangan pula terlalu menekan dan berasa gembira kerana memikirkan dia ada peluang lebih besar untuk masuk syurga kerana hutang yang gagal dilunaskan itu.

Mereka juga tertakluk kepada adabnya iaitu cuba meminta separuh daripada jumlah hutang itu terlebih dahulu. Sekiranya penghutang itu masih gagal berbuat demikian, berilah penangguhan dan masa kepadanya.

Bagaimanapun, sekiranya dia tetap tidak mampu menjelaskan hutang itu, Nabi SAW ada menyarankan supaya melupakan atau menghalalkan separuh daripada jumlah itu.

Kemudian, beri tempoh kepada penghutang itu menjelaskan separuh lagi hutangnya dan jika dia masih tidak mampu, minta kepadanya sepertiga daripada jumlah hutangnya.

Jika itu pun gagal dilunaskan, maka si pemberi hutang disarankan untuk melepaskan hutangnya itu. Tindakan itu sudah mencapai tingkatan terakhir dan jelas terbukti si pemberi hutang itu beramal dengan adab bersama orang yang berhutang.

Namun, kita diingatkan supaya tidak menyumpah dengan kata-kata seperti: “Aku tetap tak halal sampai mati dunia dan akhirat.”

Sumpah seumpama itu boleh menyebabkan roh orang yang berhutang tergantung sehingga hari akhirat dan ia adalah satu tanggungan yang amat berat.

Jelas kepada kita, bagi orang yang berhutang perlu sentiasa berusaha untuk melangsaikan hutangnya. Bagi orang yang sudah meninggal dunia, warisnya yang akan menanggung hutang itu.

Sudah menjadi amalan masyarakat Islam, selepas solat jenazah waris akan mengumumkan kepada jemaah sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa supaya bertemu dengan warisnya untuk menjelaskan sebarang hutang yang pernah dibuat ketika hayatnya.

Perkara itu sangat baik diamalkan. Itu antara adab dan akhlak sebelum jenazah dikebumikan. Dalam Islam juga, setiap hutang sunat dicatatkan iaitu dengan siapa berhutang, berapa jumlahnya dan apa bentuk barang yang dihutangkan itu.
Ia bagi memudahkan waris melangsaikan hutang apabila seseorang meningga dunia. Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, ‘Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?’

“Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit?

“Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Thabrani)

Sumber: Harian Metro

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh peguam. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete