Tuesday 12 February 2019

KEUTAMAAN ASABAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA (PART 1)


Assalamualaikum semua.. Hari Ezani sebok sikit pagi tadi, sebab menuntut dengan Tuan Nazmi berkenaan pengiraan harta.. Pening juga laaa, tapi alhamdulillah laa faham sikit-sikit.. Ok hari ini nak kongsikan berkenaan tajuk jenis-jenis asabah. Semoga memberi manfaat kepada semua ye..
-----------------------------------------------------------------------------
Jenis-jenis Asabah
Asabah terbahagi kepada dua jenis iaitu asabah sababiyyah (qarabah hukmiyyah) iaitu asabah bagi orang yang memerdekakan hamba dan asabah nasabiyyah, iaitu ahli waris si mati yang mempunyai hubungan nasab (kerabat) dengannya yang terdiri daripada golongan lelaki tanpa diselangi oleh perempuan seperti anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki, bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, sebapa, bapa saudara seibu sebapa, sebapa dan anak lelaki mereka. Begitu juga ahli waris ashab al-furud yang perempuan ketika bersama-sama saudara lelakinya seperti anak perempuan ketika bersama anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa ketika bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa ketika bersama saudara lelaki sebapa. Mereka adalah ahli waris asabah nasabiyyah.

Asabah nasabiyyah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ;
1) Asabah bi al-nafs iaitu asabah dengan dirinya sendiri. Ahli-ahli waris yang termasuk dalam kategori ini ialah semua ahli waris lelaki yang tidak diselangi dengan si mati oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki, bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa,bapa audara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapa saudara sebapa.

Golongan asabah bi al-nafs terbahagi kepada empat peringkat mengikut keutamaan dalam menerima asabah (baki), iaitu;
a) Jihat al-bunuwwah ; iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki dan seterusnya ke bawah selagi tidak diselangi oleh perempuan.
b) Jihat al-ubuwwah ; iaitu bapa, datuk dan seterusnya ke atas selagi tidak diselangi oleh perempuan.
c) Jihat al-ukhuwwah ; iaitu saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah selagi tidak diselangi oleh perempuan.
d) Jihat al-umumah ; iaitu bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa , bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara sebapa dan seterusnya ke bawah selagi tidak diselangi
oleh perempuan.

Mengikut kaedah faraid, jihat al-bunuwwah didahulukan daripada jihat al-ubuwwah, jihat al-ubuwwah pula didahulukan daripada jihat al-ukhuwwah dan seterusnya mengikut susunan atau tertib. 

Pembahagian jihat di atas adalah mengikut pendapat Imam Abu Hanifah. Sebaliknya, mengikut Jumhur ulama’ termasuk mazhab Shafi’e, mereka menyamakan datuk (bapa kepada bapa dan seterusnya ke atas) dengan saudara lelaki (seibu sebapa atau sebapa) dalam satu jihat.
-------------------------------------------------------------------------------
ok alhamdulillah selesai part 1, nanti kita sambung isi kedua dan ketiga pulak ye dalam post akan datang.
Selamat bercuti.. 

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

No comments:

Post a Comment