Thursday 7 February 2019

"PENENTUAN AHLI-AHLI WARIS DAN KADARNYA"(Part 1)


Assalamualaikum semua. Apa khabar semua, Ezani doakan semoga semua dalam kesejahteraan...

Ok hari ini Ezani nak kongsikan apa yang Ezani baca dalam artikel ni tajuk dia berkenaan Penentuan Ahli Ahli Waris..

Bagi Ezani, satu ilmu baru yang boleh dilatih untuk buat struktur faraid.. ok jom semua baca..

Seperti mana yang kita fahami, Undang-Undang Pusaka Islam telah menentukan secara jelas dan syumul ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka serta bahagian mereka masing-masing sepertimana dijelaskan dalam Al Quran. Pembahagian ahli-ahli waris dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu ahli waris ashab al-furud, asabah dan dhawi al-arham. Untuk hari ini, Ezani share isi ahli waris ashab al-furud dahulu ok..
----------------------------------------------------------------------------

Ahli Waris Ashab al-furud.

Ashab al-furud ialah ahli-ahli waris yang telah ditetapkan
bahagian atau saham mereka dalam pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki seibu. Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah dan dhawi al-arham. Ahli waris ashab alfurud akan menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.

(i) Suami
Mendapat 1/2 (satu per dua) jika isteri (si mati) tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan)atau cucu ke bawah, atau 1/4 (satu per empat) jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.

(ii) Isteri
Mendapat 1/4 (satu per empat) jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/8 (satu per lapan) jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.

(iii) Bapa
Mendapat 1/6 (satu per enam) jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6 (satu per enam) dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau asabah jika si mati tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.

(iv) Datuk (bapa kepada bapa)
Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 (satu per enam) atau 1/6 (satu per enam) dan asabah atau asabah iaitu sama seperti bapa. 

(v) Ibu
Mendapat 1/6 
(satu per enam) jika si mati mempunyai anak, atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan); atau 1/3 (satu per tiga) daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas; atau 1/3 (satu per tiga) baki jika si mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).

(vi) Nenek
Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 
(satu per enam) sama ada seorang atau lebih.

(vii) Anak perempuan
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang, 2/3 (dua per tiga) jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua bahagian anak perempuan.

(viii) Anak perempuan kepada anak lelaki
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang; 2/3 (dua per tiga) jika dua orang atau lebih, 1/6 (satu per enam) jika bersama-sama seorang anak perempuan; mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali jika terdapat anak lelaki kepada anak lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr.

(ix) Saudara perempuan seibu sebapa
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang; 2/3 (dua per tiga) jika dua orang atau lebih; asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.

(x) Saudara perempuan sebapa 
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang; 2/3 (dua per tiga)jika dua atau lebih; 1/6 (satu per enam) jika bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa; asabah bi alghayr jika bersama saudara lelaki sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua-duanya; atau terdinding oleh anak lelaki, cucu lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sebapa, dua orang saudara perempuan seibu sebapa (kecuali jika ada saudara lelaki sebapa) dan oleh seorang saudara perempuan seibu sebapa ketika dia menerima asabah ma’a alghayr.

(xi) Saudara perempuan seibu
Mendapat 1/6 
(satu per enam) jika seorang atau 1/3 (satu per tiga) jika dua orang atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan sama ada lelaki atau perempuan, bapa atau datuk.

(xii) Saudara lelaki seibu
Mendapat 1/6 
(satu per enam) jika seorang atau 1/3 (satu per tiga) jika dua orang atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan lelaki atau perempuan, bapa atau datuk. 

Ahli-ahli waris ashab al-furud terbahagi kepada tiga golongan, iaitu:

(a) Ahli waris utama yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa dan anak perempuan. Mereka tidak digugurkan dari menerima pusaka secara mutlak.

(b) Ahli waris gantian yang terdiri daripada datuk, nenek dan anak perempuan kepada anak lelaki. Ahli-ahli waris ini akan menggantikan tempat ahli waris utama dalam menerima pusaka seperti datuk menggantikan tempat bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki menggantikan tempat anak perempuan. 

(c) Ahli waris sisian (hawasyi) yang terdiri daripada saudara
perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki dan perempuan seibu. 
------------------------------------------------------------------------------

So lepas ni, apa kata kita tukarkan daripada bentuk text kepada struktur faraid atau ginogram pulak.. Lepas tu rujuk yang pakar semak betul ke tak... Baca sahaja tapi tak praktikkan pun nanti tak nampak kan.. So selamat mencuba...

Ok untuk Artikel penuh, boleh baca di pautan berikut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam



"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

No comments:

Post a Comment