Thursday 28 February 2019

KEUTAMAAN ASABAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA"(PART 2)


Assalamualaikum apa khabar semua, mesti semua bercuti panjangkan?
So, buat apa je cuti tu? Ezani, pulang ke kampung halaman..
Sambil-sambil tu, kita duk kongsi ilmu pasal faraid laa dengan jiran-jiran.. Dia orang pun dengar je laa Ezani membebel.. Hahahaaa.. Ok hari ni Aida nak sambung part 2 pasal jenis-jenis asabah..
------------------------------------------------------------------------------
AHLI WARIS ASABAH BI AL-GHAYR
Ahli waris asabah bi al-ghayr terdiri daripada empat orang ahli waris perempuan daripada ahli waris ashab al-furud iaitu anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.

Mereka akan menerima asabah (baki) ketika bersama-sama dengan saudara lelaki mereka yang sedarjat atau setaraf dengan mereka, seperti anak perempuan ketika bersama dengan anak lelaki, anak perempuan kepada anak lelaki ketika bersama dengan anak lelaki kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa ketika bersama dengan saudara lelaki sebapa.

Kadar pembahagian dalam asabah bi al-ghayr ialah bahagian lelaki menyamai 2 bahagian perempuan atau mengikut nisbah 2 : 1 iaitu 2 bahagian untuk ahli waris lelaki dan satu bahagian untuk ahli waris perempuan.

Terdapat beberapa syarat bagi membolehkan ahli waris asabah bi al-ghayr menerima baki harta bersama-sama dengan saudara-saudara lelaki mereka, iaitu ;
(i) Ahli waris perempuan yang menjadi asabah bi al-ghayr hendaklah terdiri daripada ahli waris ashab al- furud.(ii) Wujud persamaan jihat antara ahli waris perempuan asbah alFurud dengan ahli waris lelaki yang mentaksibkannya. Oleh ituanak perempuan tidak boleh ditaksibkan oleh saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.(iii) Wujud persamaan darjat antara ahli waris perempuan ashab alfurud dengan ahli waris lelaki yang mentaksibkannya. Oleh itu, anak perempuan kepada anak lelaki tidak boleh ditaksibkan oleh anak lelaki, dan saudara perempuan seibu sebapa tidak boleh ditaksibkan oleh anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa.(iv) Wujud persamaan kekuatan hubungan kekerabatan antara ahli waris perempuan ashab al-furud dengan ahli waris lelaki yang mentaksibkannnya. Oleh itu, saudara perempuan seibu sebapa tidak boleh ditaksibkan oleh saudara lelaki sebapa.

Terdapat beberapa pengecualian kepada kaedah asal asabah bi alghayr di atas, iaitu mengenai anak perempuan kepada anak lelaki dan datuk bersama dengan saudara-saudara perempuan sama ada seibu sebapa atau sebapa. Anak perempuan kepada anak lelaki boleh ditaksibkan oleh anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit lelaki).

Contohnya, seorang mati meningggalkan dua orang anak perempuan, seorang anak perempuan kepada anak lelaki dan seorang anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit lelaki), maka dua orang anak perempuan mendapat 2/3, seorang anak perempuan kepada anak lelaki dan seorang anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit lelaki) bersama-sama mendapat baki harta (1/3) bahagian dengan kadar lelaki mendapat dua bahagian dan perempuan mendapat satu bahagian (nisbah 2:1).
------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu part 2 jenis-jenis asabah.. Ok lepas ni tinggal satu lagi point..

Jika ada yang nak buat pembacaan lebih boleh baca pada pautan berikut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

No comments:

Post a Comment