Assalamualaikum w.b.h.
Tuan Puan yang dihormati.
Selalunya bila kita dah tua, kita akan pesan kepada anak dengan
pesanan-pesanan baik. Contohnya :
- Nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- Harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat (lihat pada entri sebelum ni Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia),
- bila raya baliklah jenguk rumah pusaka...
Begitulah pesanan stereotaip. Cuma bagi saya, ada beberapa
pesanan lain yang perlu kita 'add on' agar kehidupan kita di alam
berzakh lebih bermakna.
Bermakna kerana di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam
sahaja dari alam dunia ke alam barzakh. Di sana ada beberapa perkara yang masih
ada connectionnya. Maka adalah lebih baik kita wasiatkan sesuatu yang
akan bermanfaat untuk kita di alam sana seperti :
- Nanti jangan lupa bersedekah untuk abah setiap hari. Sebab dulu
abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan anak-anak...
- Jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak setiap malam. Nanti ada
juga peneman mak di kubur....
- Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari.....
Dahulu saya pun tak perasan perkara penting ini.
Tapi apabila arwah ayah meninggal beberapa tahun lepas, saya
banyak berfikir, 'apa lagi yang saya boleh lakukan untuk bantu arwah ayah di
sana?'
Antara yang boleh dilakukan dan Rasul pesan, ia amat bermanfaat
untuk arwah ialah: DOA, SEDEKAH, AMAL JARIAH & BACAAN ALQURAN.
Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang
kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji
Tuhan :
'Dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan
beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di
syurga'.. (Surah Thur: 21).
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
Klik link untuk laman web MyPusaka,
Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani
No comments:
Post a Comment