Seperti yang kita faham dan yakin bahawa kesyumulan perundangan Islam, ini termasuklah undang-undang pusaka Islam.. Sebab itu, sebelum apa-apa kita kena faham perkara-perkara asas dalam pembahagian harta pusaka..
-------------------------------------------------------------------------------
PERKARA ASAS DAN LIABILITI DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA
Pembahagian harta pusaka tidak akan berlaku dalam Islam kecuali terdapat tiga rukun dan sebab-sebab perwarisan, iaitu al-muwarrith, al-warith dan al-mauruth.
Al-Muwarrith iaitu pewaris itu mati sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri.
Al-Warith ialah ahli waris yang akan menerima harta pusaka dan dia disyaratkan hidup pada masa kematian pewaris, sama ada secara hakiki atau taqdiri.
Manakala al-mauruth ialah harta pusaka yang dimiliki oleh pewaris, sama ada harta tak alih atau harta alih dan hak-hak yang berkaitan dengan harta.
Undang-Undang Pusaka Islam menetapkan empat sebab perwarisan, keempat-empat sebab iaitu nasab (kerabat), perkahwinan, wala’ dan agama Islam (Baitulmal).
Sungguhpun keempat-empat sebab perwarisan telah dipenuhi, tetapi pembahagian pusaka tidak akan berlaku kecuali syarat-syarat dibawah telah dipenuhi sepenuhnya, iaitu:
(i) Pewaris telah meninggal dunia sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri.
(ii) Ahli waris hendaklah wujud atau hidup pada saat kematian pewaris sama ada hidup secara hakiki atau taqdiri.
(iii) Mengetahui status dan habuan ahli waris serta tidak ada halangan perwarisan, seperti pembunuhan, perhambaan dan perbezaan agama.
Apabila rukun dan syarat-syarat di atas telah dipenuhi mengikut Undang-undang Pusaka Islam, harta pusaka itu tertakluk kepada beberapa liabiliti atau hak yang wajib ditunaikan oleh ahli-ahli waris sebelum ia diagih-agihkan mengikut pembahagian faraid. Lialibiliti atau hak tersebut hendaklah ditunaikan mengikut keutamaan berikut:
(i) Menjelaskan perbelanjaan pengkebumian dan pengurusan jenazah seperti belanja memandi, mengkafan, membawa jenazah ke kubur, menggali kubur dan mengkebumikannya mengikut kadar pertengahan.
(ii) Menjelaskan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah seperti zakat, kaffarah, nazar dan haji fardu atau hutang sesama manusia menurut pendapat jumhur. Mazhab Hanafi tidak mewajibkan hutang Allah s.w.t dijelaskan kerana ia telah digugurkan dengan kematian.
(iii) Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh salah seorang suami atau isteri yang masih hidup jika harta itu diperolehi dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kadarnya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
(iv) Melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada harta pusaka selepas dijelaskan perkara-perkara di atas. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka walaupun kadarnya kurang daripada 1/3, kecuali ahli-ahli waris lain bersetuju dengan wasiat tersebut dan persetujuan itu diperolehi selepas kematian dan bukan pada masa hidup pewasiat.
(v) Pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli waris yang berhak menurut hukum faraid selepas ditunaikan perkara-perkara tersebut di atas.
------------------------------------------------------------------------------
Ok jika kawan-kawan semua nak buat pembacaan lebih boleh lihat di pautan berkut: Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
Klik link untuk laman web MyPusaka,
Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani
Happy Weekend para member setia ARENADOMINO,
ReplyDeletekali ini kami akan memberikan kepada kalian semua refrensi ,
untuk kalian yang mau mencari situs poker online hanya dengan 1 USER ID KALIAN BISA BERMAIN DI BANYAK GAME ,
kalian bisa bermain bersama ARENADOMINO,
karena ARENADOMINO adalah situs yang terpercaya dan juga situs yang memberikan kalian semua bonus yang besar ,
dan juga berapapun kemenangan yang kalian dapatkan akan di bayarkan lunas, Daftarkan diri kalian sekarang juga bersama ARENA-DOMINO.COM
Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
WA : [+855]964967353
Line: ARENA_01
Ayo tunggu apalagi !!