Monday 4 March 2019

Mereka risau menghadapi kematian

Assalamualaikum w.b.h

Tuan-puan dihormati,

Maaf cakap. Ada sesetengah ibu-bapa kita yang dah berumur, mereka makin risau tentang bagaimana pengakhirannya.

Mereka risau menghadapi kematian.

Dapat pula bila dengar ceramah, ustaz kata ketika sakaratul maut, syaitan akan berkerumun, bersungguh cuba sesatkan kita. Nanti bila masuk kubur je, malaikat yang garang akan tanya soalan bocor yang belum tentu boleh jawab, 'Ma robbuka?'

Bila tak dapat jawab, siaplah kena bedal dengan tongkatnya, terbenam hingga ke petala bumi ketujuh.

Sahabat semua,

Informasi tersebut tidaklah salah cuma barangkali, kita mendapat maklumat tidak lengkap. Kita fikir ketika saat meninggal, syaitan yang datang. Kita fikir bila masuk kubur, siaplah kena belasah.

Semuanya tentang 'horror story'.

Tapi tahukah anda, ada juga 'happy story' yang jarang dikongsikan?Kalau kita tahu story ini & share dengan ibu-bapa kita yang dah berusia, tentu akan lebih lebar senyumannya.

Jadi hari ini saya nak share agar kita lebih banyak ber-positive thinking terhadap Tuhan. Khabar gembiranya saya petik dari Surah Fussilat ayat 30, maksudnya begini :

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Ayat ini sebenarnya berisi khabar gembira untuk mereka yang risau jika mengalami saat menakutkan ketika sakaratul maut.

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan, orang beriman dan beristiqomah dalam agama ketika saat menghadapi kematian, mereka akan ditemani malaikat, bukannya syaitan.

Malaikat berduyun datang, berkumpul disamping rohnya yang sedang risau nak masuk ke alam baru dgn memberikan nasihat paling bermakna - hang jangan takut. Hang jangan risau. Masuk je ke alam seterusnya, hang akan jumpa benda best je.

Kami akan jaga hang. Kami akan bawa jalan-jalan tengok syurga. Dulu kat dunia pun kami jaga hang, takkan di alam seterusnya kami biarkan hang merana?

Maka sahabat semua, ketika kita nak meninggal, bukan syaitan sahaja yg datang. Malaikat pun boleh datang. Cuma ia bergantung, adakah kita amalkan formula menjemput malaikat yang dinyatakan dalam ayat itu.

Maka apakah formulanya?

Formulanya mudah je. Ayat tu kata : Qolu robbunallah summas taqomu. Mengaku Allah itu Tuhan dan beristiqomah dlm kebaikan.

Bahasa mudah : istiqomah dalam melakukan sesuatu kebaikan. Itu je formulanya.

Sebagai contoh, kita lazimkan :

- istiqomah baca Quran 5 helai sehari
- istiqomah pergi surau masjid setiap hari
- istiqomah sedekah rm xxx everyday
- istiqomah istighfar 100x setiap hari
- istiqomah selawat 100x kulla yaum
- istiqomah puasa sunat, qiamullail & hadiri kelas agama


Pointnya, istiqomah dalam kebaikan kerana kita yakin, semuanya sedang dinilai Ilahi. Nanti insyaAllah, selamatlah hidup kita di alam seterusnya.

Saya cadangkan, anda sharelah poin ini kepada ibu-bapa kita agar mereka lebih gembira & bersedia.

Semoga kehidupan kita dijalani dalam pathway 'istiqomah' itu.

Amin.....

Sumber: Ustaz Asraff

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

No comments:

Post a Comment