Tuesday 12 March 2019

"DASAR UMUM DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM"


Assalamualaikum semua apa khabar? Semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Ok untuk hari ini, Ezani nak kongsi satu topik dalam artikel ni berkaitan dasar umum dalam undang-undang pusaka Islam.

Jika kawan-kawan ada baca post Ezani sebelum ini tajuk "Prinsip-prinsip Asas Pengurusan dan Pentadbiran Islam", point yang diketengahkan tak jauh lari. Namun, ada beberapa point baharu yang tidak ditekankan oleh penulis sebelum ini. Nak tau apa beza sila baca ye...
-----------------------------------------------------------------------------
DASAR UMUM DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM

Undang-undang Pusaka Islam dibina di atas asas yang kukuh , yang tidak wujud dalam sistem pusaka yang lain. Dasar ini merupakan ciri utama kepada Undang-undang Pusaka Islam, iaitu:

1) Al-Wasatiyyah, iaitu satu sistem yang bersifat pertengahan (wasatiyyah) berbanding dengan sistem kapitalis dan komunis. Pemilikan individu diberi pengiktirafan dan dijamin melalui Undang-undang Pusaka Islam.

2) Al-Tawazun, iaitu satu sistem yang memberi perimbangan kepada pemilik harta untuk melupuskan hartanya atas kadar 1/3 selepas kematian dalam bentuk wasiat untuk kebajikan, dan 2/3 lagi untuk ahliahli waris sebagai harta pusaka mengikut hukum Syarak.

3) Al-Adalah; iaitu satu sistem pembahagian pusaka secara adil kepada semua ahli-ahli waris berdasarkan fitrah manusia, keperluan dan keakraban mereka dengan pewaris.

4) Al-Ijbar; iaitu satu sistem yang mewajibkan semua ahli-ahli waris menerima harta pusaka secara faraid dan pewaris tidak boleh menegah salah seorang ahli-ahli waris daripada menerima harta pusakanya, malah ahli-ahli waris wajib menerima harta pusaka segera selepas kematian, kecuali dia melepaskan haknya.

5) Perwarisan dikalangan keluarga terdekat; iaitu perwarisan yang berlaku dikalangan kaum kerabat terdekat dengan pewaris seperti suami isteri, dua ibu bapa, anak-anak, saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan dhawi al-arham(menurut pendapat Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal).

6) Penetapan bahagian untuk ahli-ahli waris; iaitu ahli-ahli waris fardu dan asabah akan menerima pusaka. Bahagian ahli-ahli waris ashab al-furud telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bahagian mereka sama ada 1/2, 1/4, 1/8, 2/3 , 1/3 atau 1/6 sepertimana dijelaskan dalam nas alQuran.


7) Ahli-ahli waris yang syumul; iaitu ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka adalah merangkumi semua ahli waris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu mereka juga diberi hak dalam pusaka. Demikian juga suami atau isteri berhak menerima harta pusaka sekalipun mereka bukan kerabat, tetapi mereka mempunyai hubungan suci perkahwinan, pengorbanan, tolong menolong dan kesetiaan di antara mereka.

8) Hak wanita dan kanak-kanak dalam pusaka dan kadarnya; iaitu wanita dan kanak-kanak kecil dijamin hak mereka dalam pusaka Islam. Kadar yang sepatutnya diterima oleh wanita adalah 2/3, 1/3, 1/6, 1/2, 1/4 atau 1/8. Kanak-kanak kecil atau besar kadar penerimaan mereka dalam pusaka adalah sama sahaja.

9) Keutamaan kepada kaum kerabat yang lebih hampir dengan pewaris jika tidak ada halangan tertentu yang boleh menghalang mereka daripada menerima harta pusaka.

10) Berlebih kurang kadar (al-tafadul) dalam pembahagian pusaka adalah berasaskan kepada keperluan ahli-ahli waris (al-hajah), umpamanya wanita dan kanak-kanak kecil lebih memerlukan kepada harta, anak-anak si mati lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan bapa dan datuk mereka dan lelaki lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan wanita kerana lelaki memikul tanggungjawab tertentu dalam agama.

11) Hukum pusaka Islam bersifat tetap (thabat); iaitu tidak
berubah dan tidak boleh bertukar ganti sekalipun masa, lokasi dan individu berubah kerana ia merupakan ketetapan Allah s.w.t. melalui nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. kecuali dalam kes perwarisan datuk ketika bersama saudara-saudara dalam menerima pusaka dan wasiat wajibah yang ada ruang untuk berijtihad.
-----------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilillah, semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua kawan-kawan dan pembaca daripada saya yang masih merangkak untuk memahami ilmu ini.. Jumpa dalam perkongsian akan datang..

Untuk bacaan penuh artikel boleh baca dipautan berikut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

1 comment:

  1. Happy Weekend para member setia ARENADOMINO,
    kali ini kami akan memberikan kepada kalian semua refrensi ,
    untuk kalian yang mau mencari situs poker online hanya dengan 1 USER ID KALIAN BISA BERMAIN DI BANYAK GAME ,
    kalian bisa bermain bersama ARENADOMINO,
    karena ARENADOMINO adalah situs yang terpercaya dan juga situs yang memberikan kalian semua bonus yang besar ,
    dan juga berapapun kemenangan yang kalian dapatkan akan di bayarkan lunas, Daftarkan diri kalian sekarang juga bersama ARENA-DOMINO.COM
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : [+855]964967353
    Line: ARENA_01
    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete