Monday, 4 March 2019

FARAID DISTRIBUTION PRACTICE IN MALAYSIA

Assalamualaikum semua, apa khabar? 
Untuk hari ini Ezani nak shara satu tajuk dalam artikel Ezani baca ni..

Apa yang menarik perhatian Ezani, satu bab ni berkenaan alternatif lain dalam pembahagian faraid..

JOM BACA SAMA-SAMA
-----------------------------------------------------------------------------
ALTERNATIF PEMBAHAGIAN FARAID
Selain faraid, terdapat konsep yang dikenali sebagai takharruj di mana waris yang sah menarik diri dari hak pewarisannya sama ada keseluruhan dan sebahagian secara suka rela (Mujani et al., 2011; Sulong, 2015; Wan Harun, 2009). Kaedah pembahagian ini dilihat dapat mengelakkan pemecahan tanah atau pemilikan beramai-ramai kerana akan mengurangkan jumlah waris yang layak menerima harta pusaka. Pegawai pentadbir tanah atau Pemungut perlu menggalakkan waris untuk mengamalkan konsep takharruj seperti mana yang terdapat dalam Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Seksyen 15 (Rusnadewi Abdul Rashid & Ahmad, 2013; Wan Harun, 2009). Walau bagaimanapun kaedah ini kurang diamalkan kerana orang Islam masih terikat dengan pembahagian sempit dan sukar untuk mendapatkan persetujuan dalam kalangan waris (Rusnadewi Abdul Rashid & Ahmad, 2013; Mujani et al., 2011).

Terdapat tiga bentuk pembahagian melalui konsep takharruj. 

Bentuk yang pertama ialah waris menarik diri secara percuma di mana waris tersebut tidak membuat sebarang tuntutan dari harta pusaka tersebut. 

Bentuk yang kedua ialah waris yang menarik diri dengan mendapat balasan atau pampasan hanya sebahagian dari keseluruhan harta si mati. 

Bentuk yang ketiga pula ialah bayaran yang dibuat kepada waris yang menarik diri dengan menggunakan harta selain daripada harta pusaka si mati. Contohnya waris-waris lain sepakat untuk membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui oleh waris yang menarik diri (Wan Mohamad Ali & Ahmad, 2013).

Bagi melaksanakan kaedah pembahagian pusaka melalui konsep takharruj ini, terdapat dua syarat utama iaitu waris-waris perlu didedahkan berkaitan hak yang sepatutnya yang mereka terima dan keredaan untuk menarik diri dalam pewarisan harta tersebut. Sekiranya kedua-dua syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, maka pembahagian melalui konsep takharruj ini tidak dapat dilaksanakan.
-------------------------------------------------------------------------------
Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua..
Sebab melalui pengamatan Ezani dalam bidang urus pusaka ni, ramai orang melayu kita asal pembahagian harta pusaka je nak faraid.. Sedangkan dalam Islam telah tetapkan dalam pembahagian harta pusaka ada alternatif lain selain daripada kaedah faraid serti yang dijelaskan diatas..

Ok itu sahaja perkongsian kali ini..

Untuk pembacaan lanjut kawan-kawan lain boleh baca di pautan berikut: Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia 

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

No comments:

Post a Comment