Monday 20 August 2018

RM80B - Tiada Siapa Yang Peduli!!!

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Assalamualaikum Tuan Puan,

Sedikit perkongsian untuk manafat bersama.
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Ketika ini ada lebih RM 80 billion harta orang mati terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih lagi ada nama orang mati.

Kenapa perkara ini berlaku?

😭 Sebab waris lambat urus,
😭 Sebab waris tak tahu urus,
😭 Sebab waris tak mampu urus,
😭 Sebab waris tak capai mufakat kaedah pembahagian.

Bagaimana cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada harta dan keluarga anda, sekiranya anda meninggal dunia?

buat perancangan pewarisan yang teratur.

lantik 2 orang wasi untuk memulakan proses secepat mungkin jika anda meninggal dunia. Tugas mereka adalah dapatkan khidmat orang yang mahir.

sediakan dokumen pewarisan secara bertulis, bertarikh dan bersaksi (wasiat, hibah, surat ikatan amanah dll) supaya hasrat anda jelas.

sediakan wang tunai yang cukup dalam bentuk tunai pantas (akaun berpenama atau takaful) supaya waris ada tunai untuk membayar hutang,  sara hidup dan kos urus pusaka.

✅ Jika ada niat untuk saham akhirat, boleh buat wasiat sedekah atau wakaf.

MyPusaka menyediakan khidmat nasihat perancangan harta dan pusaka secara menyeluruh. Telah ramai yang kami bantu.

MyPusaka mempunyai lebih 400 perunding dan 10 pusat operasi di seluruh negara.

LANGKAH PERTAMA: DAPATKAN KHIDMAT TELE KAUNSELING PERCUMA!!!

BERMINAT? 

BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT & SOLUSI.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta

#uruspusaka

Wednesday 8 August 2018

Langkah Lengkap Untuk Asas Perancangan Perwarisan Harta

Assalamualaikum...
Hari ini kita ulangkaji langkah-langkah yang lengkap untuk asas perancangan perwarisan harta. Semua wajib tahu dan buat ye.

Berikut adalah langkah-langkah tersebut.

1. Kefahaman faraid,
2. Rancang hasrat pembahagian,
3. Melantik wasi untuk memulakan proses urus pusaka,
4. Penyediaan dokumen bertulis, bertarikh dan bersaksi,
5. Dana pantas yang boleh digunakan waris tanpa mendapat SURAT KUASA MENTADBIR.






"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Siapa Yang Perlu Merancang Harta?

Antara mereka yang perlu melakukan perancangan pusaka:
1. Ada rumah atas nama bersama,
2. Dikurniakan anak perempuan sahaja,

3. Ada anak angkat,

4. Suami isteri yg tidak dikurnia anak,
5. Individu berpoligami,
6. Mereka yang masih ada ibu dan ayah,
7. Mereka yang belum berkahwin,
8. Ada anak lelaki dan perempuan,
9. Ada anak OKU
10. Berkahwin semula,
11. Ingin menunaikan haji dan umrah,
12. Ahli Perniagaan.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Anda termasuk di dalam senarai di atas & mahukan memulakan perancangan harta, Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292


#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Faraid Bukan Sekadar Matematik Pengiraan

Sebenarnya, besar ROH faraid ni.

Perlu faham supaya ia dapat digunakan untuk kebaikkan masyarakat Islam.

Sabda Rasullulah SAW:


Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka. (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.)

Dalil.

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa : 11)



Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (An-Nisa :12)



ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176) 

Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa : 176)


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL atau hubungi Hj Mohd Ezani 0163163292

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka

Wednesday 1 August 2018

Isteri kena tahu, isteri tidak ada hak ke atas KWSP suami jika suami meninggal dunia

Macam-macam pandangan netizen tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju.
Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.
Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara.
Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak. Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri.
Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami meninggal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa… kalau masih sama-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.
Maksud Penama Dalam KWSP
Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri. 
Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam KWSP tu? (Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita).
Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.
Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%
Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa? Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP.
Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid. Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.
Ambil Tahu Apa Itu Penama
Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? 
Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). 
Pastu jika si mati berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid. Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!
Bukan gila harta…
Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan. Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.
Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke Hibah Takaful mahupun pihak yang arif tentang hibah sebagai contoh di MyPusaka.info.
Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.
Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.
Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.
Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang…darah daging sendiri pun tak heran dah. Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.
Fikir-fikirkanlah akhirat sama…
Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.
Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.
Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si mati dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.
Sumber: infomaya.com
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Buat hibah/pesanan bertulis untuk menyelesaikan hutang dan pesanan bertulis itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nak tahu caranya, tekan link untuk pautan selanjutnya. https://bit.ly/2sM3xqL

#annusar 
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka