Monday 15 March 2021

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN?

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN?

Esok 1 Syaaban. Apakah persediaan yang harus dilakukan untuk menyambut ketibaan Ramadhan?

Pertama – persediaan EMOSI. 
Memupuk rasa rindu yang membuak-buak  untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan kebaikan, kemuliaan, keberkatan, keampunan dan kasih sayang. Menunggu dengan penuh harap agar dapat bertemu dengannya di samping rasa bimbang akan terlepas peluang

Kedua – persediaan RUHI. 
Sucikan ruh, bersihkan hati dengan mengikis sifat-sifat keji yang Allah benci. Banyakkan taubat, istighfar dan berdoa agar Allah memudahkan kita melangkah ke dalam bulan Ramadhan dengan iringan taufiq serta hidayahNya. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah dengan sebaik-baiknya selari dengan kehendak serta keredhaanNya 

Ketiga – persediaan AQLI. Memperbaharui ilmu tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan amalan dalam bulan Ramadhan, khususnya puasa, solat, tilawah, qiamul-lail dan lain-lain.

Keempat – persediaan JASADI. Amanlan-amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan tidak dapat dilaksanakan sekiranya badan tidak sihat dan mengalami berbagai-bagai penyakit. Untuk menunaikan puasa, qiamul-lail dan sebagainya tidak cukup dengan bekalan keimanan dan keazaman yang kental semata-mata. Justeru, kesihatan mesti dijaga mulai sekarang. Jika sakit, segeralah berusaha merawat. Mengikut sunnah Nabi SAW, baginda banyak berpuasa sunat dalam bulan Syaaban. Mungkin boleh difahami baginda hendak mengajar kita berlatih untuk puasa Ramadhan. 

Kelima – PARANCANGAN.
Dengan mengimani kelebihan-kelebihan yang Allah tawarkan sepanjang Ramadhan, maka buatlah perancangan supaya tidak terlepas begitu sahaja. 

Di antara keberuntungan yang mesti direbut ialah: 
1. TAQWA (Al-Baqarah:183). Maka fahami makna taqwa, bagaimana hendak mendapatkannya dan bagaimana hendak mengukur pencapaian kita.

2. KEAMPUNAN. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. menaiki mimbar, lalu berkata, "Aamiin, Aamiin, Aamiin!". Maka seseorang bertanya, "Ya Rasulullah, sesungguhnya anda menaiki mimbar, lalu anda berkata, "Aamiin, Aamiin, Aamiin!"? Baginda menjawab: "Sesungguhnya Jibril a.s. datang menemuiku. Dia berkata, sesiapa yang sempat memasuki Ramadhan, namun tidak diampunkan dosanya, lalu dia masuk neraka, maka Allah menjauhkan dia dariNya." Jibril menyuruhku berkata Aamiin. Maka akupun berkata, "Aamiin, Aamiin, Aamiin!" (Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 997). Oleh itu, rancanglah untuk mengisi masa dengan membanyakkan taubat dan istihgfar.

3. MENJADI AHLI AL-QURAN. Ini kerana Ramadhan adalah bulan diturunkan Al-Quran untuk membimbing kita ke jalan yang Allah redha. Maka rancanglah bagaimana mendekati Al-Quran dari segi membaca, memahami, mengamal dan menyebarkannya.

4. PERSAUDARAAN. Puasa mendidik kita agar memahami erti persaudaraan dan persamaan antara manusia seluruhnya.  Justeru, usahakan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama insan sama ada yang beriman atau belum dengan mengikis sifat takabur, mementingkan diri, tidak peduli dan sebagainya. Sebaliknya suburkan kasih sayang, empati, murah hati, tawadhu’ dan akhlak yang terpuji.

CnP Ustzh Maznah Daud

Tuesday 9 March 2021

Bahagia Cara Kita

❤️πŸ–€BAHAGIA CARA KITA.πŸ–€❤️

1.Kalau rasa nak buat sesuatu buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama.πŸ’œ

2.Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Dyorng tak tanya pun.Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari...πŸ’œ

3.Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas.πŸ’œ

4. Tengok orang senang jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati.. Suatu hari aku akan jadi macam dia.πŸ’œ

5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Dok pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy✌️✌️✌️πŸ’œ

6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang takmau kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syaratπŸ’œ

7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita taktau apa tujuan dia. Yang nak kalut sangat dah knpa. Nama pun social media. Lantak dia lah nak ltak gambar kucing ke rimau ke penyu ke. Chiken cop ke laksa ke Nak pi jalan mana pun..  yang tak ske pi jalan duk diam sudahπŸ˜πŸ˜πŸ’œ

8. Tulis benda positif Tulis pasal kita Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka✌️✌️✌️ refer no. 7Jangan perli perli awak ingat dia baca apa yg awak tuju kat dia. Pleaselahhh jgn syok sendiri.Maybe ko rasa lega sebab luah di Mediasos. Tapi orang nampak awak kurang cerdik..πŸ’œ

9. Utamakan keluarga. Dyorng yang akan susah senang dengan kita.πŸ’œ

10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takde duit jangan ikut cara orang ada duit. Jap lagi dia makan lamb chop awak makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai jugak. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 bijik. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa.πŸ’œ

11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa apa kita buat pun jadi seronok. Dapat... rezeki. Tak dapat ..tolong ikhlaskan apa yg kita buat✌️✌️πŸ’œ

Insyaallah... Tenang dan gembiraπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ’ƒπŸ’ƒ
Tenang Is Good!πŸ’œπŸ§‘❤️πŸ–€πŸ’™πŸ’šπŸ’›

Monday 2 March 2020

APAKAH PERBEZAAN ANTARA WISOYAH, WASIAT, DAN PESANAN?

1. Selalunya orang melayu kita, semua benda disebut wasiat. Walhal, dalam kandungan sesuatu wasiat, jika diteliti, ada tiga (3) elemen yang berlainan iaitu wisoyah, wasiat, dan pesanan.
2. Ketiga-tiga elemen ini membawa kesan yang berlainan dari segi undang-undang.
3. Wisoyah adalah perlantikan wasi iaitu pentadbir bagi harta pewasiat selepas pewasiat meninggal dunia. Wisoyah juga merujuk kepada perlantikan pemegang amanah bagi harta waris bawah umur pewasiat.
4. Apabila pewasiat sudah membuat wisoyah, waris-waris tiada hak untuk menentukan pentadbir & pemegang amanah bagi harta si mati. Waris-waris perlu akur dengan klausa wisoyah dalam sesuatu wasiat.
5. Wasiat pula merujuk kepada pembahagian harta pewasiat. Syaratnya, tidak boleh kepada waris dan tidak boleh melebihi jumlah 1/3 dari keseluruhan harta pewasiat.
6. Selalunya wasiat ini kepada anak angkat, kepada badan-badan kebajikan, masjid, dan sebagainya sebagai amal jariah pewasiat selepas kematiannya.
7. Wasiat ini wajib diikuti oleh waris. Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut wasiat, selepas pembayaran hutang, dan sebelum dibahagi kepada waris.
8. Wasiat kepada waris hanya sah selepas diizinkan oleh waris faraid yang lain. Wasiat kpd waris bagi jumlah kurang 1/3 tidak perlu izin dari waris yang lain bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan kerana ketiga-tiga negeri ini ada peruntukan khusus tentang hal ini dalam enakmen wasiat negeri masing-masing.
9. Sementara itu, pesanan pula adalah selain daripada wisoyah dan wasiat seperti yang diterangkan di atas.
10. Contoh pesanan yang ada dalam sesuatu wasiat selalunya ialah pesanan tentang mengeratkan hubungan silaturrahim, memperkukuhkan taqwa, dan sebagainya. Ini adalah pesanan yang baik, boleh menginsafkan waris.
11. Ada juga kadang-kadang diselitkan pesanan yang lain seperti diminta anaknya yang itu berkahwin dengan si pulan sebagai membalas jasa dan seumpamanya. Ini banyak dalam drama dan novel. Ini adalah pesanan yang tiada kesan perundangan. Pesanan ini tidak mengikat pihak-pihak yang disebutkan. Hakikatnya ia bukanlah wasiat, tetapi cuma pesanan.
Wallahu a’lam.

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, 
Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Ahmad Termizi

Friday 21 February 2020

Rosaknya Bawang Bukan Kerana Ditimpa Panas & Hujan


Rosaknya bawang itu bukan kerana ditimpa panas dan hujan, tetapi rosaknya bawang itu dek tertimpa jambaknya sendiri.
Rosaknya manusia bukan kerana bodoh akan dirinya, kerana yang bodoh itu sedia maklum akan kebodohannya.

Tetapi rosaknya manusia kerana hanyut didalam ilmunya, apabila berbicara tiada disertai dengan akhlaknya.
Faraid itu bukan pemutus kasih sayang tetapi faraid itu adalah pengikat silaturahim, mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat.
Rosaknya hubungan silaturahim antara saudara bukannya kerana harta dan bukannya kerana faraid.
Rosaknya silaturahim kerana rosaknya dibina pemilik harta itu sendiri, semasa hayat dia telah membina kerosakan perhubungan silaturahim dengan gagal merancang perancangan pengagihan hartanya setelah ketiadaan dirinya.
#RANCANGLAH HARI INI JANGAN TUNGGU ESOK
"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Shahrul Aman

E-wallet: Harta yang tidak nampak


Zaman sekarang, makin banyak muncul e-wallet. Tidak dinafikan, ia untuk memudahkan urusan dunia hari ini.
E-wallet adalah harta alih yang sepatutnya boleh disenaraikan sebagai aset pusaka selepas pemiliknya meninggal dunia. Tetapi kalau tinggalkan e-wallet tanpa id & password, waris & pentadbir pun tak boleh nak buat apa.
Bernasib baik jika ada syarikat yg boleh mengiktiraf surat kuasa mentadbir. Kalau surat kuasa mentadbir tak diiktiraf, id & password gagal dikesan, maka nilai e-wallet dikira nilai hangus yg hanya menguntungkan syarikat pembuatnya.
Satu mekanisme pengurusan pusaka e-wallet perlu diperkenalkan bagi panduan masyarakat.
Berapa sen aje duit dlm e-wallet. Ringgit & sen adalah subjektif. Yg penting, jangan biarkan syarikat yg buat e-wallet ni kaut untung dgn kumpul duit walhal duit tu belum digunakan lagi. Perlu ada mekanisme wang dipulangkan kepada waris yg layak sebab itu mmg hak waris.
Wallahu a’lam.

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Bantuan runding cara secara percuma, hubungi perunding, 
Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Sumber: FB Ahmad Termizi
Sumber gambar: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhANUoYHtJmZwoUHDkJv_d5tAQVYQtL0oxrjTTo41ThXiKyV3owba459Z4M-bQLNYH8CleUSwU9FKRkqMcb-smE6kCFIXU3_FnV4uuOHd8SSSt0NsIzTiNRKqC63Brqw9QrFEhiufndGECU/s1600/ewallet_logo1.PNG

Friday 13 September 2019

Urus jenazah secara percuma

MyMetroMutakhir
Zuhainy Zulkiffli
am@metro.com.my

DIKEPUNG sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka menawarkan khidmat mengurus jenazah secara percuma, bukan penghalang sekumpulan anak muda untuk terus menabur budi kepada insan memerlukan.

Itu antara cabaran yang ditempuh penuntut serta kakitangan Kolej Islam Teknologi Pulau Pinang (KITAB), Air Itam, Georgetown kerana tindakan mereka dianggap mengganggu ‘periuk nasi’ pihak yang menawarkan perkhidmatan itu secara berbayar.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Jenazah Al-Ikhlas Pulau Pinang, Muhammad Fitri Rosley, 24, berkata, kejadian seperti itu pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Menurutnya, walaupun terpaksa akur dengan tindakan itu, namun mereka terkilan kerana tidak dapat membantu keluarga si mati yang terdahulu menghubungi bagi menyempurnakan jenazah.

“Pernah berlaku ketika hendak melakukan urusan pengebumian jenazah di Seberang Perai, sekumpulan individu mengepung kami dan menghalang dengan pelbagai ugutan.

“Keluarga si mati memang kekurangan wang kerana itulah kami tampil menguruskan secara percuma dan akibatnya, kumpulan individu itu meminta kami mengebumikan jenazah di tanah perkuburan lain.

“Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan kami sedangkan perkhidmatan secara percuma itulah yang dituntut dalam Islam,” katanya yang juga bekas penuntut jurusan Diploma Tahfiz Walqiraat di KITAB.

Muhammad Fitri berkata, program pengurusan jenazah secara percuma itu dijalankan sukarelawan KITAB sejak 2015 dan pada mulanya hanya memberi khidmat sekitar bahagian pulau.

Bermula enam orang, kini pasukan berkenaan mempunyai lebih 30 ahli terdiri daripada lelaki dan wanita.

Katanya, program itu ditubuhkan berikutan menyedari terdapat ramai golongan tidak mampu membayar kos pengebumian yang tinggi terutama di kawasan bandar.

“Saban tahun semakin ramai penuntut dan bekas penuntut menyertai program ini yang kami anggap sebagai ‘projek tambah pahala’.

“Selain memberi keinsafan, ilmu ini juga kami manfaatkan kepada orang ramai menerusi aktiviti latihan pengurusan jenazah yang dijalankan atas jemputan masjid, sekolah atau komuniti,” katanya yang kini bekerja sebagai Pembantu Pustakawan di KITAB.

Menurutnya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menguruskan jenazah kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Bayan Lepas tahun lalu dan itulah kali pertama mereka menguruskan jenazah secara tayamum.

Katanya, sukar hendak menggambarkan perasaan mereka ketika dihubungi pihak hospital bagi menguruskan jenazah berkenaan kerana mereka tiada pengalaman menguruskan jenazah rentung.

“Dengan keadaan jenazah yang begitu, kami perlu lakukan dengan berhati-hati selain menjaga adab supaya tidak berkata perkara yang tidak baik sepanjang proses itu.

“Semuanya kami lakukan dengan hanya berpandukan apa yang kami sudah belajar dalam kelas dan syukur ia berjalan baik dan itulah pengalaman paling berharga,” katanya.

Kini pertubuhan terbabit sedang mencari dana bagi membaiki bumbung van jenazah serta beberapa kelengkapan termasuk keranda dan kit pengurusan jenazah.

Perkhidmatan mereka juga sudah diperluaskan ke Seberang Perai menerusi kerjasama dengan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Bumbung van sedia ada bocor walaupun sudah beberapa kali dibaiki hasil sumbangan orang awam dan jika hujan, air terkena keranda.

“Hasrat kami memang hendak beli van baru yang lebih besar dengan kos kira-kira RM80,000 dan ia dapat membantu meluaskan perkhidmatan.

“Jika ada kemudahan, semakin ramailah penuntut atau orang awam boleh menyertai kami bagi menguruskan jenazah secara percuma,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun CIMB pertubuhan terbabit 86-0232403-7.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 3:52 PM
#IUCNorthernNews
#Georgetown https://t.co/BL0scPu9hu

Dapat RM15,000 sebulan



murni@hmetro.com.my
MAHKAMAH Tinggi di sini, semalam, diberitahu bahawa Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis membiayai semua perbelanjaan ibu dan adik tirinya dari awal hingga akhir hayatnya.

Adik tirinya, Khairiah Ali, 51, berkata, Jamaluddin secara konsisten memberi elaun bulanan sebanyak RM15,000 kepadanya dan sering memberinya wang tunai RM10,000 hingga RM20,000 setiap kali melawat dirinya dan ibu mereka di rumah.

“Saya boleh membuat tuntutan ke atas semua bil perubatan dan perbelanjaan rumah seperti pembelian barangan elektrik. Arwah juga memberi kad kredit kepada mak untuk kegunaannya.
“Arwah membiayai semuanya. Dia membantu, menanggung dan menjaga setiap keperluan, kebajikan, makan minum dan perbelanjaan saya dan mak.

“Bantuan yang diberikan arwah tidak pernah henti, tambahan pula saya perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Khairiah hadir bagi memberi keterangan dalam kes saman ibu mereka terhadap dua cucunya yang didakwa gagal memasukkan syer tiga syarikat berjumlah RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka.

Menurutnya, arwah memberi elaun bulanan melalui tiga syarikatnya iaitu Kilang Sawira Makmur Sdn Bhd, Teras Dara Konsortium Sdn Bhd dan Wira Digital Sdn Bhd.

“Arwah mengendalikan semua perbelanjaan saya dan mak melalui rakan rapatnya yang juga pekerja di syarikat. Mereka adalah individu yang dipercayai arwah untuk menjaga keluarga.
“Selepas arwah meninggal, ada bantuan yang kekal dan ada berkurangan serta ada dihentikan sama sekali.

“Bagaimanapun bil hospital masih kekal dibayar hingga hari ini. Saya ada memerlukan rawatan suntikan berharga RM4,000 sebulan, tetapi dihentikan.

“Saya terpaksa meminta bantuan mak membayarnya, hanya sejak tiga bulan lalu pembayaran dibuat oleh anak perempuan arwah,” katanya.

Khairiah berkata, antara bantuan lain yang tidak diteruskan selepas arwah meninggal dunia adalah bekalan ikan segar dari Pahang kepada ibu mereka dan pembayaran Astro.

“Hanya sebulan lalu, bekalan ikan dan bayaran Astro ini kembali diteruskan. Elaun bulanan saya bersumber tiga syarikat bagaimanapun dikurangkan sedikit demi sedikit dan akhirnya diberhentikan sekitar Julai 2017.

“Saya bergantung ke atas budi mak dan juga pinjaman daripada rakan rapat arwah,” katanya
Menurutnya, pada 16 Disember 2016, ada mesyuarat keluarga dibuat di rumah arwah di Mines di sini.

“Saya, mak, defendan, Puan Sri Kalsom Ismail (isteri arwah), dua anak arwah serta peguam semua pihak.

“Ia bagi membincangkan surat Ikatan Perjanjian Keluarga yang didraf oleh peguam. Surat ini adalah cadangan untuk membuat pembahagian harta pusaka secara persetujuan dan bukan mengikut faraid.
“Mak minta saya teliti surat dan dia tidak setuju serta meminta saya menulis nota iaitu ‘Bagi secara faraid mengikut syarak termasuk syarikat dan lain-lain.’

“Mak menekankan dia berhak mendapat bahagian faraid dalam semua harta pusaka anaknya termasuk aset meliputi syarikat arwah,” katanya.

Sementara itu, Khairiah berkata, antara sebab lain ibunya memfailkan permohonan terbabit adalah kerana terkilan dengan tindakan defendan yang gagal memaklumkan kepadanya berhubung apartment di Boston, Amerika Syarikat yang dimiliki arwah.

“Defendan tahu berhubung perkara ini kerana biasa tinggal di rumah itu sebelum arwah meninggal dunia.

“Mak hanya mengetahui perkara ini melalui abang (Najeb Ali) yang mendapat maklumat melalui Internet.

“Nilai rumah itu adalah AS$1.95 juta pada 2015. Defendan mendakwa mereka dinasihatkan bahawa undang-undang Amerika Syarikat terpakai untuk rumah itu dan menjadi milik Kalsom.

“Kemudian baru mereka tahu ia terpakai di bawah undang-undang Islam yang termasuk di bawah aset pusaka arwah yang perlu dibahagikan mengikut hukum syarak,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Chew Chang Min yang mewakili kedua-dua defendan, Nur Anis dan Ikwan Hafiz, saksi itu mengakui bahawa dua beradik berkenaan masih memberi wang kepadanya walaupun selepas arwah meninggal dunia.

Sumber MSN