Friday 15 March 2019

Pengganas New Zealand serang umat Islam sebelum solat Jumaat



Siar serangan secara langsung

15​Mar, 2019 - Agensi
Christchurch (New Zealand): Penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di bandar ini ketika jemaah sedang bersolat Jumaat dan membunuh beberapa mangsa dipercayai turut menyiarkan secara langsung serangan itu di media sosial.

Satu akaun twitter dengan nama Jack Dawkins menyiarkan video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan senjata automatik melepaskan tembakan dalam sebuah masjid.

Video itu turut tertera “amaran rakaman sensitif “ dan tanda pagar Christchurch.

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand melaporkan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di Masjid al Noor itu.

Ketika kejadian masjid itu penuh dengan jemaah termasuk anggota pasukan kriket Bangladesh tetapi semua pemain pasukan itu tidak cedera.

Polis dilaporkan mengepung bandar itu bagi mengesan suspek lelaki berpakaian celoreng dan bersenjatakan raifal automatik.

The Guardian melaporkan, Sebuah kereta jenis Subaru yang dipercayai mengandungi bom merempuh sebuah lagi masjid

"ASPEK KESYUMULAN DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM"

Assalamualaikum semua apa khabar? Maaf laa.. Lama menyepi, sebok dengan urusan peribadi 3 4 hari ni.. So, harini Ezani nak share satu artikel yang Ezani baca..

Seperti yang kita faham dan yakin bahawa kesyumulan perundangan Islam, ini termasuklah undang-undang pusaka Islam.. Sebab itu, sebelum apa-apa kita kena faham perkara-perkara asas dalam pembahagian harta pusaka..
-------------------------------------------------------------------------------

PERKARA ASAS DAN LIABILITI DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA

Pembahagian harta pusaka tidak akan berlaku dalam Islam kecuali terdapat tiga rukun dan sebab-sebab perwarisan, iaitu al-muwarrith, al-warith dan al-mauruth. 



Al-Muwarrith iaitu pewaris itu mati sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri. 


Al-Warith ialah ahli waris yang akan menerima harta pusaka dan dia disyaratkan hidup pada masa kematian pewaris, sama ada secara hakiki atau taqdiri. 


Manakala al-mauruth ialah harta pusaka yang dimiliki oleh pewaris, sama ada harta tak alih atau harta alih dan hak-hak yang berkaitan dengan harta.

Undang-Undang Pusaka Islam menetapkan empat sebab perwarisan, keempat-empat sebab iaitu nasab (kerabat), perkahwinan, wala’ dan agama Islam (Baitulmal).

Sungguhpun keempat-empat sebab perwarisan telah dipenuhi, tetapi pembahagian pusaka tidak akan berlaku kecuali syarat-syarat dibawah telah dipenuhi sepenuhnya, iaitu:

(i) Pewaris telah meninggal dunia sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri.

(ii) Ahli waris hendaklah wujud atau hidup pada saat kematian pewaris sama ada hidup secara hakiki atau taqdiri.

(iii) Mengetahui status dan habuan ahli waris serta tidak ada halangan perwarisan, seperti pembunuhan, perhambaan dan perbezaan agama. 

Apabila rukun dan syarat-syarat di atas telah dipenuhi mengikut Undang-undang Pusaka Islam, harta pusaka itu tertakluk kepada beberapa liabiliti atau hak yang wajib ditunaikan oleh ahli-ahli waris sebelum ia diagih-agihkan mengikut pembahagian faraid. Lialibiliti atau hak tersebut hendaklah ditunaikan mengikut keutamaan berikut:

(i) Menjelaskan perbelanjaan pengkebumian dan pengurusan jenazah seperti belanja memandi, mengkafan, membawa jenazah ke kubur, menggali kubur dan mengkebumikannya mengikut kadar pertengahan. 

(ii) Menjelaskan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah seperti zakat, kaffarah, nazar dan haji fardu atau hutang sesama manusia menurut pendapat jumhur. Mazhab Hanafi tidak mewajibkan hutang Allah s.w.t dijelaskan kerana ia telah digugurkan dengan kematian.

(iii) Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh salah seorang suami atau isteri yang masih hidup jika harta itu diperolehi dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kadarnya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

(iv) Melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada harta pusaka selepas dijelaskan perkara-perkara di atas. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka walaupun kadarnya kurang daripada 1/3, kecuali ahli-ahli waris lain bersetuju dengan wasiat tersebut dan persetujuan itu diperolehi selepas kematian dan bukan pada masa hidup pewasiat.

(v) Pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli waris yang berhak menurut hukum faraid selepas ditunaikan perkara-perkara tersebut di atas. 
------------------------------------------------------------------------------

Ok jika kawan-kawan semua nak buat pembacaan lebih boleh lihat di pautan berkut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam 


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani



Tuesday 12 March 2019

"DASAR UMUM DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM"


Assalamualaikum semua apa khabar? Semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Ok untuk hari ini, Ezani nak kongsi satu topik dalam artikel ni berkaitan dasar umum dalam undang-undang pusaka Islam.

Jika kawan-kawan ada baca post Ezani sebelum ini tajuk "Prinsip-prinsip Asas Pengurusan dan Pentadbiran Islam", point yang diketengahkan tak jauh lari. Namun, ada beberapa point baharu yang tidak ditekankan oleh penulis sebelum ini. Nak tau apa beza sila baca ye...
-----------------------------------------------------------------------------
DASAR UMUM DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM

Undang-undang Pusaka Islam dibina di atas asas yang kukuh , yang tidak wujud dalam sistem pusaka yang lain. Dasar ini merupakan ciri utama kepada Undang-undang Pusaka Islam, iaitu:

1) Al-Wasatiyyah, iaitu satu sistem yang bersifat pertengahan (wasatiyyah) berbanding dengan sistem kapitalis dan komunis. Pemilikan individu diberi pengiktirafan dan dijamin melalui Undang-undang Pusaka Islam.

2) Al-Tawazun, iaitu satu sistem yang memberi perimbangan kepada pemilik harta untuk melupuskan hartanya atas kadar 1/3 selepas kematian dalam bentuk wasiat untuk kebajikan, dan 2/3 lagi untuk ahliahli waris sebagai harta pusaka mengikut hukum Syarak.

3) Al-Adalah; iaitu satu sistem pembahagian pusaka secara adil kepada semua ahli-ahli waris berdasarkan fitrah manusia, keperluan dan keakraban mereka dengan pewaris.

4) Al-Ijbar; iaitu satu sistem yang mewajibkan semua ahli-ahli waris menerima harta pusaka secara faraid dan pewaris tidak boleh menegah salah seorang ahli-ahli waris daripada menerima harta pusakanya, malah ahli-ahli waris wajib menerima harta pusaka segera selepas kematian, kecuali dia melepaskan haknya.

5) Perwarisan dikalangan keluarga terdekat; iaitu perwarisan yang berlaku dikalangan kaum kerabat terdekat dengan pewaris seperti suami isteri, dua ibu bapa, anak-anak, saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan dhawi al-arham(menurut pendapat Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal).

6) Penetapan bahagian untuk ahli-ahli waris; iaitu ahli-ahli waris fardu dan asabah akan menerima pusaka. Bahagian ahli-ahli waris ashab al-furud telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bahagian mereka sama ada 1/2, 1/4, 1/8, 2/3 , 1/3 atau 1/6 sepertimana dijelaskan dalam nas alQuran.


7) Ahli-ahli waris yang syumul; iaitu ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka adalah merangkumi semua ahli waris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu mereka juga diberi hak dalam pusaka. Demikian juga suami atau isteri berhak menerima harta pusaka sekalipun mereka bukan kerabat, tetapi mereka mempunyai hubungan suci perkahwinan, pengorbanan, tolong menolong dan kesetiaan di antara mereka.

8) Hak wanita dan kanak-kanak dalam pusaka dan kadarnya; iaitu wanita dan kanak-kanak kecil dijamin hak mereka dalam pusaka Islam. Kadar yang sepatutnya diterima oleh wanita adalah 2/3, 1/3, 1/6, 1/2, 1/4 atau 1/8. Kanak-kanak kecil atau besar kadar penerimaan mereka dalam pusaka adalah sama sahaja.

9) Keutamaan kepada kaum kerabat yang lebih hampir dengan pewaris jika tidak ada halangan tertentu yang boleh menghalang mereka daripada menerima harta pusaka.

10) Berlebih kurang kadar (al-tafadul) dalam pembahagian pusaka adalah berasaskan kepada keperluan ahli-ahli waris (al-hajah), umpamanya wanita dan kanak-kanak kecil lebih memerlukan kepada harta, anak-anak si mati lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan bapa dan datuk mereka dan lelaki lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan wanita kerana lelaki memikul tanggungjawab tertentu dalam agama.

11) Hukum pusaka Islam bersifat tetap (thabat); iaitu tidak
berubah dan tidak boleh bertukar ganti sekalipun masa, lokasi dan individu berubah kerana ia merupakan ketetapan Allah s.w.t. melalui nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. kecuali dalam kes perwarisan datuk ketika bersama saudara-saudara dalam menerima pusaka dan wasiat wajibah yang ada ruang untuk berijtihad.
-----------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilillah, semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua kawan-kawan dan pembaca daripada saya yang masih merangkak untuk memahami ilmu ini.. Jumpa dalam perkongsian akan datang..

Untuk bacaan penuh artikel boleh baca dipautan berikut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Thursday 7 March 2019

Perkongsian ilmu mengenai Hibah


Hibah bermaksud satu pemberian oleh Pemberi kepada Penerima semasa hayat Pemberi Hibah tanpa mengharapkan balasan dari Penerima Hibah.

Hibah dibuat atas beberape tujuan antaranya:

1) Mengasingkan sebahagian harta supaya terkeluar daripada pusaka yang perlu difaraidkan,

2) Memastikan harta tertentu dapat diberikan kepada seseorang penerima yang tertentu,

3) Memastikan manfaat harta dapat diteruskan dan dinikmati secara mutlak,

4) Hibah Mutlak akan mempercepatkan proses peletakan hak supaya tidak melalui proses pentadbiran yang panjang dan rumit.

Hibah mempunyai rukun dan syarat tertentu iaitu:

Rukun:
1) Pemberi Hibah
2) Penerima Hibah
3) Harta Hibah
4) Akad Ijab dan Qabul

Syarat:
Qabd - Perlaksanaan
Disebabkan adanya rukun dan syarat ini, satu deklarasi hibah perlu lah dibuat secara teratur, terancang dan dibuat dengan bantuan orang yg ahli (Peguam, Perunding Harta dan Pusaka dan lain-lain).

Hibah boleh digunakan keatas harta seperti rumah, tanah, kereta, akaun simpanan, saham-saham dan sebagainya.

Jangan sesekali kita buat sendiri hibah tersebut dikhuatiri akan terbatal dan tidak sah. Menguatkan lagi hibah ini adalah pengesahan di Mahkamah Syariah. 

Wallahu’alam.

"Jika anda berniat untuk membuat Hibah tetapi tidak tahu bagaimana caranya, MyPusaka.info sedia membantu anda."

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

TELEKAUNSELING MYPUSAKA


Assalamualaikum. Untuk makluman, MyPusaka ada menyediakan khidmat telekaunseling. Telekaunseling merupakan salah satu khidmat masyarakat supaya masyarakat dapat bertanya terus dengan pakar untuk pegurusan harta dan juga urus pusaka. 

Antara topik yang boleh ditanya adalah
• Petukaran nama arwah di dalam geran
• Penulisan wasiat kepada bukan waris dan pesanan kepada waris
• Pengisytiharan Hibah harta
• Analisa faraid keluarga
• Perancangan 80 tahun legasi
• Wasiat sedekah dan wakaf
• Peranan Syarikat Amanah dalam perancangan harta
• Pecah geran atau pecah lot
• Dan soalan-soalan yang berkaitan

Perkhidmatan ini PERCUMA!!!

Permulaan untuk kita menyelesaikan masalah pusaka.

Klik link untuk daftar telekaunseling.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

KEUTAMAAN ASABAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA (PART 3)




Assalamualaikum apa khabar semua? Semoga semua sihat hendaknya.. Ok hari, kita habiskan pembacaan tajuk berkenaan waris-waris asabah.. Part 3, kita akan famai ahli waris asabah ma'a alghayr.
------------------------------------------------------------------------------
AHLI WARIS ASABAH MA'A AGHAYR
Ahli waris asabah ma’a al-ghayr hanya dua orang sahaja iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa apabila menerima pusaka bersama-sama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama dengan kedua-duanya sekali.

Saudara-saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa akan menerima asabah (baki) harta jika masih ada setelah diberikan kepada ahli waris ashab al-Furud iaitu anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki. Contohnya, seorang mati meninggalkan seorang isteri, ibu, seorang anak perempuan, seorang anak perempuan kepada anak lelaki dan saudara perempuan seibu sebapa, maka seorang isteri mendapat 1/8, ibu mendapat 1/6, seorang anak perempuan mendapat 1/2, seorang anak perempuan kepada anak lelaki mendapat 1/6 dan seorang saudara perempuan seibu sebapa mendapat bakinya (asabah).

Terdapat dua syarat yang membolehkan saudara perempuan seibu sebapa menjadi ahli waris asabah ma’a al-ghayr iaitu ;
(i) Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa hendaklah mempusakai bersama-sama dengan anak perempuan, atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua-dua sekali.
(ii) Tidak ada bersama-sama mereka saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa. Jika ada saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa maka saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa akan menerima asabah bi al-ghayr dan pembahagiannya berdasarkan nisbah 2:1.
Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa yang menjadi ahli waris asabah ma’a al-ghayr, maka kedudukan mereka sama seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa. Ini bermakna mereka dapat mendinding ahli waris-ahli waris lain yang didinding oleh saudara lelaki mereka.
------------------------------------------------------------------------------
So selesai ketiga-tiga part.. Semoga semua ilmu memberi manfaat dan kefahaman kepada semua ya..

So di kesempatan Ezani nak minta maaf ye kalo ada salah silap.. terkasar bahasa atau banyak typo.. khususnya kalo ada artikel-artikel yang Ezani share salah info atau itu infomsi lama yaa..
Jika kalian ingin membuat pembacaan lebih mendalam boleh lihat dipautan berikut: Faraid: Menifestasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Monday 4 March 2019

Mereka risau menghadapi kematian

Assalamualaikum w.b.h

Tuan-puan dihormati,

Maaf cakap. Ada sesetengah ibu-bapa kita yang dah berumur, mereka makin risau tentang bagaimana pengakhirannya.

Mereka risau menghadapi kematian.

Dapat pula bila dengar ceramah, ustaz kata ketika sakaratul maut, syaitan akan berkerumun, bersungguh cuba sesatkan kita. Nanti bila masuk kubur je, malaikat yang garang akan tanya soalan bocor yang belum tentu boleh jawab, 'Ma robbuka?'

Bila tak dapat jawab, siaplah kena bedal dengan tongkatnya, terbenam hingga ke petala bumi ketujuh.

Sahabat semua,

Informasi tersebut tidaklah salah cuma barangkali, kita mendapat maklumat tidak lengkap. Kita fikir ketika saat meninggal, syaitan yang datang. Kita fikir bila masuk kubur, siaplah kena belasah.

Semuanya tentang 'horror story'.

Tapi tahukah anda, ada juga 'happy story' yang jarang dikongsikan?Kalau kita tahu story ini & share dengan ibu-bapa kita yang dah berusia, tentu akan lebih lebar senyumannya.

Jadi hari ini saya nak share agar kita lebih banyak ber-positive thinking terhadap Tuhan. Khabar gembiranya saya petik dari Surah Fussilat ayat 30, maksudnya begini :

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Ayat ini sebenarnya berisi khabar gembira untuk mereka yang risau jika mengalami saat menakutkan ketika sakaratul maut.

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan, orang beriman dan beristiqomah dalam agama ketika saat menghadapi kematian, mereka akan ditemani malaikat, bukannya syaitan.

Malaikat berduyun datang, berkumpul disamping rohnya yang sedang risau nak masuk ke alam baru dgn memberikan nasihat paling bermakna - hang jangan takut. Hang jangan risau. Masuk je ke alam seterusnya, hang akan jumpa benda best je.

Kami akan jaga hang. Kami akan bawa jalan-jalan tengok syurga. Dulu kat dunia pun kami jaga hang, takkan di alam seterusnya kami biarkan hang merana?

Maka sahabat semua, ketika kita nak meninggal, bukan syaitan sahaja yg datang. Malaikat pun boleh datang. Cuma ia bergantung, adakah kita amalkan formula menjemput malaikat yang dinyatakan dalam ayat itu.

Maka apakah formulanya?

Formulanya mudah je. Ayat tu kata : Qolu robbunallah summas taqomu. Mengaku Allah itu Tuhan dan beristiqomah dlm kebaikan.

Bahasa mudah : istiqomah dalam melakukan sesuatu kebaikan. Itu je formulanya.

Sebagai contoh, kita lazimkan :

- istiqomah baca Quran 5 helai sehari
- istiqomah pergi surau masjid setiap hari
- istiqomah sedekah rm xxx everyday
- istiqomah istighfar 100x setiap hari
- istiqomah selawat 100x kulla yaum
- istiqomah puasa sunat, qiamullail & hadiri kelas agama


Pointnya, istiqomah dalam kebaikan kerana kita yakin, semuanya sedang dinilai Ilahi. Nanti insyaAllah, selamatlah hidup kita di alam seterusnya.

Saya cadangkan, anda sharelah poin ini kepada ibu-bapa kita agar mereka lebih gembira & bersedia.

Semoga kehidupan kita dijalani dalam pathway 'istiqomah' itu.

Amin.....

Sumber: Ustaz Asraff

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

FARAID DISTRIBUTION PRACTICE IN MALAYSIA

Assalamualaikum semua, apa khabar? 
Untuk hari ini Ezani nak shara satu tajuk dalam artikel Ezani baca ni..

Apa yang menarik perhatian Ezani, satu bab ni berkenaan alternatif lain dalam pembahagian faraid..

JOM BACA SAMA-SAMA
-----------------------------------------------------------------------------
ALTERNATIF PEMBAHAGIAN FARAID
Selain faraid, terdapat konsep yang dikenali sebagai takharruj di mana waris yang sah menarik diri dari hak pewarisannya sama ada keseluruhan dan sebahagian secara suka rela (Mujani et al., 2011; Sulong, 2015; Wan Harun, 2009). Kaedah pembahagian ini dilihat dapat mengelakkan pemecahan tanah atau pemilikan beramai-ramai kerana akan mengurangkan jumlah waris yang layak menerima harta pusaka. Pegawai pentadbir tanah atau Pemungut perlu menggalakkan waris untuk mengamalkan konsep takharruj seperti mana yang terdapat dalam Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Seksyen 15 (Rusnadewi Abdul Rashid & Ahmad, 2013; Wan Harun, 2009). Walau bagaimanapun kaedah ini kurang diamalkan kerana orang Islam masih terikat dengan pembahagian sempit dan sukar untuk mendapatkan persetujuan dalam kalangan waris (Rusnadewi Abdul Rashid & Ahmad, 2013; Mujani et al., 2011).

Terdapat tiga bentuk pembahagian melalui konsep takharruj. 

Bentuk yang pertama ialah waris menarik diri secara percuma di mana waris tersebut tidak membuat sebarang tuntutan dari harta pusaka tersebut. 

Bentuk yang kedua ialah waris yang menarik diri dengan mendapat balasan atau pampasan hanya sebahagian dari keseluruhan harta si mati. 

Bentuk yang ketiga pula ialah bayaran yang dibuat kepada waris yang menarik diri dengan menggunakan harta selain daripada harta pusaka si mati. Contohnya waris-waris lain sepakat untuk membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui oleh waris yang menarik diri (Wan Mohamad Ali & Ahmad, 2013).

Bagi melaksanakan kaedah pembahagian pusaka melalui konsep takharruj ini, terdapat dua syarat utama iaitu waris-waris perlu didedahkan berkaitan hak yang sepatutnya yang mereka terima dan keredaan untuk menarik diri dalam pewarisan harta tersebut. Sekiranya kedua-dua syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, maka pembahagian melalui konsep takharruj ini tidak dapat dilaksanakan.
-------------------------------------------------------------------------------
Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua..
Sebab melalui pengamatan Ezani dalam bidang urus pusaka ni, ramai orang melayu kita asal pembahagian harta pusaka je nak faraid.. Sedangkan dalam Islam telah tetapkan dalam pembahagian harta pusaka ada alternatif lain selain daripada kaedah faraid serti yang dijelaskan diatas..

Ok itu sahaja perkongsian kali ini..

Untuk pembacaan lanjut kawan-kawan lain boleh baca di pautan berikut: Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia 

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani