Thursday 29 November 2018

Tahniah Kepada Penerima Keputusan UPSR



Assalamualaikum semua,

Hari ini adalah hari menerima keputusan peperiksaan UPSR.

Seandainya ada diantara kalian yang mempunyai anak yang telah menduduki peperiksaan UPSR, seringlah menatap wajahnya dgn penuh kasih sayang. Buanglah segala rasa marah dan kecil hati kamu padanya.

Berkatalah dengan ucapan yang baik2. Moga2 hatinya tenang.

Jangan biasa berjanji dengan ganjaran. Biarlah mereka berjaya kerana keinginan dan kesedaran mereka sendiri.

Jika ada anak2 yang lemah dalam akademik, berilah semangat padanya.

Bisikkan kepadanya bahawa kita sudah berusaha, Allah berhak untuk beri dan untuk tidak memberi.

Jangan beri tekanan pada anak2 untuk capai keputusan cemerlang.

UPSR bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan masa depan tetapi pemangkin untuk terus berusaha dalam menuntut ilmu.

Berdoalah, bersujud syukur dan bacalah yasin sebagai tanda kita benar2 bersyukur.

Berdoalah agar anak2 berjaya di dunia dan akhirat

Berdoalah agar anak2 menjadi anak2 yang soleh

Diucapkan TAHNIAH kepada anak2 kita, ibubapa, guru-guru & semua yang terlibat.


"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"
.
Klik link untuk laman web MyPusaka. https://mypusaka.info/mohd-ezani-saini/


#annusar
#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani