Thursday 28 February 2019

Pesan Orang Tua - Yang Selalu Kita Diperingatkan



Assalamualaikum w.b.h.

Tuan Puan yang dihormati.

Selalunya bila kita dah tua, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

  1. Nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
  2. Harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat (lihat pada entri sebelum ni Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia),
  3. bila raya baliklah jenguk rumah pusaka...


Begitulah pesanan stereotaip. Cuma bagi saya, ada beberapa pesanan lain yang perlu kita 'add on' agar kehidupan kita di alam berzakh lebih bermakna.

Bermakna kerana di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam sahaja dari alam dunia ke alam barzakh. Di sana ada beberapa perkara yang masih ada connectionnya. Maka adalah lebih baik kita wasiatkan sesuatu yang akan bermanfaat untuk kita di alam sana seperti :

- Nanti jangan lupa bersedekah untuk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan anak-anak...

- Jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....

- Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari.....

Dahulu saya pun tak perasan perkara penting ini.

Tapi apabila arwah ayah meninggal beberapa tahun lepas, saya banyak berfikir, 'apa lagi yang saya boleh lakukan untuk bantu arwah ayah di sana?'

Antara yang boleh dilakukan dan Rasul pesan, ia amat bermanfaat untuk arwah ialah: DOA, SEDEKAH, AMAL JARIAH & BACAAN ALQURAN.

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

'Dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga'.. (Surah Thur: 21).



"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

KEUTAMAAN ASABAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA"(PART 2)


Assalamualaikum apa khabar semua, mesti semua bercuti panjangkan?
So, buat apa je cuti tu? Ezani, pulang ke kampung halaman..
Sambil-sambil tu, kita duk kongsi ilmu pasal faraid laa dengan jiran-jiran.. Dia orang pun dengar je laa Ezani membebel.. Hahahaaa.. Ok hari ni Aida nak sambung part 2 pasal jenis-jenis asabah..
------------------------------------------------------------------------------
AHLI WARIS ASABAH BI AL-GHAYR
Ahli waris asabah bi al-ghayr terdiri daripada empat orang ahli waris perempuan daripada ahli waris ashab al-furud iaitu anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.

Mereka akan menerima asabah (baki) ketika bersama-sama dengan saudara lelaki mereka yang sedarjat atau setaraf dengan mereka, seperti anak perempuan ketika bersama dengan anak lelaki, anak perempuan kepada anak lelaki ketika bersama dengan anak lelaki kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa ketika bersama dengan saudara lelaki sebapa.

Kadar pembahagian dalam asabah bi al-ghayr ialah bahagian lelaki menyamai 2 bahagian perempuan atau mengikut nisbah 2 : 1 iaitu 2 bahagian untuk ahli waris lelaki dan satu bahagian untuk ahli waris perempuan.

Terdapat beberapa syarat bagi membolehkan ahli waris asabah bi al-ghayr menerima baki harta bersama-sama dengan saudara-saudara lelaki mereka, iaitu ;
(i) Ahli waris perempuan yang menjadi asabah bi al-ghayr hendaklah terdiri daripada ahli waris ashab al- furud.(ii) Wujud persamaan jihat antara ahli waris perempuan asbah alFurud dengan ahli waris lelaki yang mentaksibkannya. Oleh ituanak perempuan tidak boleh ditaksibkan oleh saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.(iii) Wujud persamaan darjat antara ahli waris perempuan ashab alfurud dengan ahli waris lelaki yang mentaksibkannya. Oleh itu, anak perempuan kepada anak lelaki tidak boleh ditaksibkan oleh anak lelaki, dan saudara perempuan seibu sebapa tidak boleh ditaksibkan oleh anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa.(iv) Wujud persamaan kekuatan hubungan kekerabatan antara ahli waris perempuan ashab al-furud dengan ahli waris lelaki yang mentaksibkannnya. Oleh itu, saudara perempuan seibu sebapa tidak boleh ditaksibkan oleh saudara lelaki sebapa.

Terdapat beberapa pengecualian kepada kaedah asal asabah bi alghayr di atas, iaitu mengenai anak perempuan kepada anak lelaki dan datuk bersama dengan saudara-saudara perempuan sama ada seibu sebapa atau sebapa. Anak perempuan kepada anak lelaki boleh ditaksibkan oleh anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit lelaki).

Contohnya, seorang mati meningggalkan dua orang anak perempuan, seorang anak perempuan kepada anak lelaki dan seorang anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit lelaki), maka dua orang anak perempuan mendapat 2/3, seorang anak perempuan kepada anak lelaki dan seorang anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit lelaki) bersama-sama mendapat baki harta (1/3) bahagian dengan kadar lelaki mendapat dua bahagian dan perempuan mendapat satu bahagian (nisbah 2:1).
------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu part 2 jenis-jenis asabah.. Ok lepas ni tinggal satu lagi point..

Jika ada yang nak buat pembacaan lebih boleh baca pada pautan berikut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Tuesday 12 February 2019

KEUTAMAAN ASABAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA (PART 1)


Assalamualaikum semua.. Hari Ezani sebok sikit pagi tadi, sebab menuntut dengan Tuan Nazmi berkenaan pengiraan harta.. Pening juga laaa, tapi alhamdulillah laa faham sikit-sikit.. Ok hari ini nak kongsikan berkenaan tajuk jenis-jenis asabah. Semoga memberi manfaat kepada semua ye..
-----------------------------------------------------------------------------
Jenis-jenis Asabah
Asabah terbahagi kepada dua jenis iaitu asabah sababiyyah (qarabah hukmiyyah) iaitu asabah bagi orang yang memerdekakan hamba dan asabah nasabiyyah, iaitu ahli waris si mati yang mempunyai hubungan nasab (kerabat) dengannya yang terdiri daripada golongan lelaki tanpa diselangi oleh perempuan seperti anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki, bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, sebapa, bapa saudara seibu sebapa, sebapa dan anak lelaki mereka. Begitu juga ahli waris ashab al-furud yang perempuan ketika bersama-sama saudara lelakinya seperti anak perempuan ketika bersama anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa ketika bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa ketika bersama saudara lelaki sebapa. Mereka adalah ahli waris asabah nasabiyyah.

Asabah nasabiyyah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ;
1) Asabah bi al-nafs iaitu asabah dengan dirinya sendiri. Ahli-ahli waris yang termasuk dalam kategori ini ialah semua ahli waris lelaki yang tidak diselangi dengan si mati oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki, bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa,bapa audara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapa saudara sebapa.

Golongan asabah bi al-nafs terbahagi kepada empat peringkat mengikut keutamaan dalam menerima asabah (baki), iaitu;
a) Jihat al-bunuwwah ; iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki dan seterusnya ke bawah selagi tidak diselangi oleh perempuan.
b) Jihat al-ubuwwah ; iaitu bapa, datuk dan seterusnya ke atas selagi tidak diselangi oleh perempuan.
c) Jihat al-ukhuwwah ; iaitu saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah selagi tidak diselangi oleh perempuan.
d) Jihat al-umumah ; iaitu bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa , bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara sebapa dan seterusnya ke bawah selagi tidak diselangi
oleh perempuan.

Mengikut kaedah faraid, jihat al-bunuwwah didahulukan daripada jihat al-ubuwwah, jihat al-ubuwwah pula didahulukan daripada jihat al-ukhuwwah dan seterusnya mengikut susunan atau tertib. 

Pembahagian jihat di atas adalah mengikut pendapat Imam Abu Hanifah. Sebaliknya, mengikut Jumhur ulama’ termasuk mazhab Shafi’e, mereka menyamakan datuk (bapa kepada bapa dan seterusnya ke atas) dengan saudara lelaki (seibu sebapa atau sebapa) dalam satu jihat.
-------------------------------------------------------------------------------
ok alhamdulillah selesai part 1, nanti kita sambung isi kedua dan ketiga pulak ye dalam post akan datang.
Selamat bercuti.. 

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Thursday 7 February 2019

"PENENTUAN AHLI-AHLI WARIS DAN KADARNYA"(Part 1)


Assalamualaikum semua. Apa khabar semua, Ezani doakan semoga semua dalam kesejahteraan...

Ok hari ini Ezani nak kongsikan apa yang Ezani baca dalam artikel ni tajuk dia berkenaan Penentuan Ahli Ahli Waris..

Bagi Ezani, satu ilmu baru yang boleh dilatih untuk buat struktur faraid.. ok jom semua baca..

Seperti mana yang kita fahami, Undang-Undang Pusaka Islam telah menentukan secara jelas dan syumul ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka serta bahagian mereka masing-masing sepertimana dijelaskan dalam Al Quran. Pembahagian ahli-ahli waris dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu ahli waris ashab al-furud, asabah dan dhawi al-arham. Untuk hari ini, Ezani share isi ahli waris ashab al-furud dahulu ok..
----------------------------------------------------------------------------

Ahli Waris Ashab al-furud.

Ashab al-furud ialah ahli-ahli waris yang telah ditetapkan
bahagian atau saham mereka dalam pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki seibu. Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah dan dhawi al-arham. Ahli waris ashab alfurud akan menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.

(i) Suami
Mendapat 1/2 (satu per dua) jika isteri (si mati) tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan)atau cucu ke bawah, atau 1/4 (satu per empat) jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.

(ii) Isteri
Mendapat 1/4 (satu per empat) jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/8 (satu per lapan) jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.

(iii) Bapa
Mendapat 1/6 (satu per enam) jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6 (satu per enam) dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau asabah jika si mati tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.

(iv) Datuk (bapa kepada bapa)
Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 (satu per enam) atau 1/6 (satu per enam) dan asabah atau asabah iaitu sama seperti bapa. 

(v) Ibu
Mendapat 1/6 
(satu per enam) jika si mati mempunyai anak, atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan); atau 1/3 (satu per tiga) daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas; atau 1/3 (satu per tiga) baki jika si mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).

(vi) Nenek
Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 
(satu per enam) sama ada seorang atau lebih.

(vii) Anak perempuan
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang, 2/3 (dua per tiga) jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua bahagian anak perempuan.

(viii) Anak perempuan kepada anak lelaki
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang; 2/3 (dua per tiga) jika dua orang atau lebih, 1/6 (satu per enam) jika bersama-sama seorang anak perempuan; mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali jika terdapat anak lelaki kepada anak lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr.

(ix) Saudara perempuan seibu sebapa
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang; 2/3 (dua per tiga) jika dua orang atau lebih; asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.

(x) Saudara perempuan sebapa 
Mendapat 1/2 
(satu per dua) jika seorang; 2/3 (dua per tiga)jika dua atau lebih; 1/6 (satu per enam) jika bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa; asabah bi alghayr jika bersama saudara lelaki sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua-duanya; atau terdinding oleh anak lelaki, cucu lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sebapa, dua orang saudara perempuan seibu sebapa (kecuali jika ada saudara lelaki sebapa) dan oleh seorang saudara perempuan seibu sebapa ketika dia menerima asabah ma’a alghayr.

(xi) Saudara perempuan seibu
Mendapat 1/6 
(satu per enam) jika seorang atau 1/3 (satu per tiga) jika dua orang atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan sama ada lelaki atau perempuan, bapa atau datuk.

(xii) Saudara lelaki seibu
Mendapat 1/6 
(satu per enam) jika seorang atau 1/3 (satu per tiga) jika dua orang atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan lelaki atau perempuan, bapa atau datuk. 

Ahli-ahli waris ashab al-furud terbahagi kepada tiga golongan, iaitu:

(a) Ahli waris utama yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa dan anak perempuan. Mereka tidak digugurkan dari menerima pusaka secara mutlak.

(b) Ahli waris gantian yang terdiri daripada datuk, nenek dan anak perempuan kepada anak lelaki. Ahli-ahli waris ini akan menggantikan tempat ahli waris utama dalam menerima pusaka seperti datuk menggantikan tempat bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki menggantikan tempat anak perempuan. 

(c) Ahli waris sisian (hawasyi) yang terdiri daripada saudara
perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki dan perempuan seibu. 
------------------------------------------------------------------------------

So lepas ni, apa kata kita tukarkan daripada bentuk text kepada struktur faraid atau ginogram pulak.. Lepas tu rujuk yang pakar semak betul ke tak... Baca sahaja tapi tak praktikkan pun nanti tak nampak kan.. So selamat mencuba...

Ok untuk Artikel penuh, boleh baca di pautan berikut: 
Faraid: Menisfetasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam



"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani

Taklimat Pengurusan Harta & Pusaka Islam di Kg. Kuala Perdik, Hulu Langat



📆 9 Februari 2019 (Sabtu)
⏱ 10.45 pagi - 12.00 tengahari
🏠 Balairaya Kg. Kuala Perdik, Batu 19, Hulu Langat, Selangor

Pendaftaran

Siapa yang perlu hadir?
- Semua penduduk Islam di dalam DUN Dusun Tua dan kawasan sekitar

Perlu ke saya hadir?
-Ya. Memandangkan kematian itu adalah PASTI BAGI SETIAP YANG BERNYAWA maka ilmu dan pengetahuan mengenai kaedah pengurusan pusaka Islam dapat mengelakkan pergaduhan dan perebutan harta di antara waris serta membolehkan pengurusan aset dan hutang si mati dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Serius sangat ke masalah akibat kegagalan untuk menguruskan harta pusaka dengan baik?
-Ya. Jumlah Harta pusaka tidak dituntut mencecah RM60 billion (1950-2016; Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan)

Siapakah panel yang terlibat di dalam taklimat ini nanti?
- Taklimat ini akan melibatkan panel yang pakar menguruskan pusaka iaitu Tuan Kamarul Azman Bin Mustapha Kamal (Pakar Pusaka).


Bagaimana saya ingin mendaftar?
Tuan/ puan boleh mendaftar melalui laman sesawang berikut:-

"URUSKAN PUSAKA SUPAYA MENJADI HARTA"
"WARISKAN DUNIA DEMI AKHIRAT"

Klik link untuk laman web MyPusaka

Hubungi perunding, Assalamualaikum Ezani

#mypusakainfo
#danapantas
#rancangharta
#uruspusaka
#byezani